Saturday, December 6, 2014

SUAMI...HARGAILAH DIA KERANA SYURGA KAMU ADA PADA KEREDHOANNYA!

Siapapun suami kita dia adalah ketentuan dan ketetapan Allah untuk kita.Suka atau tidak belajarlah untuk menyintai dia seperti kehendak Allah dan Rasulallah.Suami dialah segala-segalanya dalam hidup kita sebagai seorang isteri.
 Kaya miskin,tampan atau tidak semuanya sudah ditentukan sejak azali lagi.Belajarlah untuk menjadi isteri yang terbaik kerana sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah isteri yang solehah.

Syurga isteri terletak ditapak kaki suami.Memang sukar dan payah untuk menjadi yang terbaik.Sebagai insan yang lemah kita perlu berusaha untuk mendapatkanya.Carilah ilmu kerana hanya dengannya kita boleh menjadi seorang isteri yang didambakan oleh seorang lelaki.

Bantulah diri sendiri kerana dengan adanya ilmu banyak manfaat yang kita akan dapat.Melalui ilmu kita akan tahu mana satu wajib mana satu harus dalam mentaatinya.

Islam datang untuk mengangkat taraf dan kedudukan kita sebagai seorang wanita,isteri,ibu dan anak.Cukuplah dengan kelebihan yang Allah beri dan baginda Nabi bawa akan memasukkan kita ke dalam syurga Allah.

Hanya dengan mengamalkan empat perkara kita layak memasuki mana-mana pintu syurga Allah.Solat,puasa,taat pada suami dan jaga kehormatan diri sudah melayakkan kita menjadi penghuni syurga.

Sebagai seorang isteri jagalah empat perkara ini dan yakinlah dengan janji Allah bahawa segala susah payah kita ada ganjarannya.







No comments:

Post a Comment