Saturday, December 13, 2014

BAHAYA RUMPUT MEXICO!

Rumput Miang Mexico atau (Parthenium hysterophorus) merupakan sejenis rumput yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumput ini telah digelar sebagai “World Worst Weed” atau dalam bahasa kita “RUMPUT PALING TERUK” kerana menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman.
rumput mexico

Herbarium Rumput Miang Mexico

Dari segi marfologi, Rumput Miang Mexico ini adalah kelihatan sepeti pokok ULAM RAJA. Pada peringkat muda sebelum ia berbunga, lazimnya pokok akan berbentuk rozet dengan panjang daun boleh mencecah sehingga 30 cm. Bilangan daun bagi setiap pokok boleh mencapai sehingga 55 helai.

Dalam kebanyakan kawasan yang telah ada rumput www ini, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 – 2.0 meter danam keadaan tumbuh menegak. Batangnya selalu bercabang dengan diselaputi oleh bulu-bulu halus (trikomes) yang menyebabkan miang atau gatal-gatal. Bunganya adalah berwarna putih dengan seakan berkrim dan mempunyai diameter sekitar 4-6 mm.
rumput mexico 2

rumput mexico

Ramai dikalangan suri rumah yang kali pertama melihatnya akan berkenan untuk menanamnya. Bagi mereka yang tidak tahun akan ‘miangnya’ rumpai ini mungkin hanya menyesal apabila sudah kena tindakbalas allergi miang. Antara ciri biji benih adalah bentuknya sebagai ‘Baji’ dengan benih matang berwarna coklat kehitaman yang berukuran 2 mm. Lazimnya kajian menunjukkan satu pokok yang sihat mampu untuk menghasilkan sebanyak 100,000 biji dalam masa 3-4 bulan sahaja.
kesan rumput mexico

Kesan Alahan Akibat rumput miang mexico

Rumput Miang Mexico bermakna ia memang menyebabkan tindakbalas atau ‘allergy’ kepada manusia dan haiwan dengan teruk. Apabila terkena dengan rumput ini maka kesannya ia boleh menyebabkan kepada kesan demam, photodermatitis (sakit pada kulit), asma (semput), ruam pada kulit, kulit mengelupas, mata menjadi bengkak dan memang akan menyebabkan gatal-gatal pada mulut dan juga hidung.  Dalam keadaan lain kesan alahan rumput miang Mexico ini menyebabkan batuk yang berterusan, selsema dan juga menyebabkan penyakit Ekzema. Seterusnya tindakbalas terhadap haiwan pula seperti menyebabkan masaalah Anoreksia, Pruritus, Alopecia, Dermatitis dan juga cirit birit pada haiwan. Dalam beberapa kes, kesan haiwan yang memakan rumput ini boleh menyebabkan terjejas kualiti daging dan susu ternakan kerana ia dikatakan boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Kalau begitu memang sesuai rumput ini digelar ‘world worst weed – www’ berdasarkan keterangan tersebut diatas.





No comments:

Post a Comment