Monday, February 23, 2015

CINTAKAN ULAMAK

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

HIMPUNAN MUZAKARAH BERSAMA (Ustaz Hj Kamil) Khamis, 29 Rabiulakhir 1436H. I LOVE U (ULAMA')

Emak masak cucur Adabi,
Rasanya disukai seisi rumah,
Ulama' adalah pewaris nabi,
Kehadirannya menjadi penyelamat ummah.

Hari ini adalah hari terakhir iaitu merupakan hari kelima tazkirah Khas Tribute kepada Almarhum Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Bagi Ustaz  adalah menjadi satu sifir yang mudah iaitu barangsiapa yang mencintai Allah hendaklah ia mencintai kekasih-Nya (Rasulullah SAW) dan barangsiapa mencintai Rasulullah SAW hendaklah ia mencintai para pewarisnya iaitu para alim ulama'. Khususnya Ulama' Rabbaniyyin...

CERAH-CERAHKAN:
Ulama' Rabbaniyyun ialah yang menyampaikan kebenaran kepada ummah. Ulama' yang bersifat khusyuk pada amalan, hudhu'  ilmunya dan zuhud pada dunia. Ulama' yang menjadi qudwatun hasanah iaitu contoh yang baik bagi orang lain, iaitu tidak sekadar menyeru atau mengajak orang melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan sedangkan dia sendiri atau ahli keluarga yang dibawah tanggungjawabnya diabaikan.

Ulama' yang tidak mengajar orang lain supaya taksub kepadanya, yang hidup seadanya walaupun namanya mengharum di pelusuk dunia. Tidak jatuh-menjatuhkan seperti ulama' temporari hari ini atau membiarkan para pengikut menjatuhkan ulama' lain untuk kepentingan dirinya. Sungguh pilu apa yang sedang berlaku hari ini, dalam jemaah yang mendokong dan bertunjangkan ulama' saling rendah-merendahkan dan saling aib-mengaibkan untuk kelihatan lebih ulama' dari ulama' yang lain.

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna." (HR: Imam Ahmad, At-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majjah)

Firman Allah SWT:

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (QS Ali-Imran : 79)

Para ulama' Rabbaniyyin berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sedia ada sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala.

Marilah kita menyayangi ulama' yang sebenar, iaitu Ulama' Rabbaniyyin yang menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikan dan sentiasa mentaati perintah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda lagi: Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami." (HR : Ahmad)

CHECKLIST:
1) Ulama' yang bersifat khusyuk pada amalan, hudhu' pada ilmunya dan zuhud pada dunia.
2) Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi.
3) Ulama' Rabbaniyyin yang menyampaikan ilmu pengetahuan dan mampu menjadi contoh.

SIMPUL-SIMPULKAN:
Bukan ulama' namanya yang menyenaraikan nama-nama ulama' lain untuk dimusuhi atau diperlekehkan. Bukan ulama' namanya yang bertindak sewewenang sehingga menjejaskan nama baik jemaah mahupun nama baiknya sendiri. Bukan ulama' namanya yang menyangka dirinya lebih baik dari orang lain... Wallahu a'lam - Sangat berbeza sebenarnya antara ulama' dengan ularmak!

ETIKA MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

9 ETIKA MENYAMBUT PERAYAAN TAHUN BARU CINA.

Pada hari ini kaum Cina, Sama ada yang Islam dan bukan Islam tengah menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Pada TAZKIRAH hari ini,  USM ingin membincangkan sedikit garis panduan tentang perayaan tahun baru cina tersebut yang mungkin umat Islam ikut meraikannya. 

Satu persoalan yang timbul pada kita orang yang beragama islam. Bolehkah kita orang Islam meraikan sambutan tahun baru Cina tersebut.??

Dalam hal ini yang perlu difahami terlebih dahulu adalah tentang PERAYAAN agama lain dalam  pandangan Islam terbahagi kepada dua bahagian:
1. Perayaan yang berkaitan dengan ajaran agama tersebut.
2. Perayaan yang tidak berkaitan dengan ajaran agama tersebut (hanya adat dan budaya sahaja).

Tahun baru Cina adalah perayaan yang di sambut setiap tahun oleh seluruh kaum Cina, baik yang  beragama Islam ataupun bukan beragama islam.  Kerana tahun baru Cina merupakan Tradisi masyarakat cina.

Satu persoalan yang  timbul adalah?? Bolehkah kita umat islam turut sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina tersebut??

Secara umumnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah memutuskan bahawa Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam dalam bentuk yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam sendiri seperti mengunjungi rumah-rumah ibadah, memakai pakaian yang ada simbol agama mereka dan seumpamanya adalah diharamkan dan dilarang . Ini kerana dengan berbuat demikian bererti wujud tanda-tanda redha kepada kekufuran, sedangkan redha kepada kekufuran adalah diharamkan dan dilarang dalam ajaran Islam.

Satu persoalan yang timbul lagi adalah Bolehkah orang Islam menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina?

Adat  dan Budaya masyarakat Malaysia Hari ini boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan penganut agama yang ada di negara kita, terutama sekali pemimpin negara, mengadakan rumah terbuka, sempena hari raya mereka dan menerima berbagai-bagai tetamu yang hadir pada hari itu, yang terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang agama. Malah orang-orang Islam juga mengadakan rumah terbuka dan menerima tetamu dari kalangan bukan Islam, yang turut menjamu selera dan sebagainya. Ini menggambarkan semangat toleransi, kerjasama dan perpaduan erat yang berlaku di kalangan masyarakat di negara ini.

Dalam persoalan  ini Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM )mengharuskan warga negara beragama Islam mengunjungi perayaan yang diadakan oleh warga negara bukan beragama Islam di Malaysia, bersempena dengan perayaan tahun baru Cina kali ini,  dalam pada masa yang sama JAKIM mengeluarkan beberapa kriteria utama yang perlu dijadikan garis panduan oleh warga negara beragama Islam supaya sambutan tersebut tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Adapun Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut

1. Kehadiran di dalam perayaan itu, tidak  menggadai akidah dan maruah diri sebagai  seorang Islam.

2. Perayaan itu tidak diadakan di rumah-rumah ibadah atau berhampiran dengan rumah ibadah.

3. Kehadiran pada perayaan tersebut sebagai meraikan hubungan sosial seperti jiran tetangga, rakan sekerja dan seumpamanya. Orang Islam yang mengunjunginya pula sudah biasa pergi ke rumah rakan-rakan bukan Islam itu. Jika tidak pernah pergi, sebaliknya hanya berbuat demikian pada hari orang bukan Islam mengadakan majlis rumah terbuka, makruh menghadirinya. Mengekalkan hubungan baik antara orang Islam dengan bukan Islam, di samping mewujudkan situasi harmoni, damai dan sejahtera,  antara nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam.

4. Tidak ada unsur membesarkan agama atau upacara agama orang bukan Islam yang mengadakan  perayaan tersebut.

5. Tidak ada unsur kemaksiatan dan kemungkaran secara zahir
seperti hidangan minuman keras, nyanyian yang melalaikan, mengganggu syiar ibadah orang Islam dan seumpamanya.

6. Tidak ada unsur atau elemen penghinaan terhadap nabi Muhammad SAW, kitab suci al-Qur’an dan seumpamanya.

7. Tidak terdapat upacara agama mereka di dalam majlis tersebut, sebaliknya semata-mata jamuan makan biasa sahaja.

8. Tidak membawa hadiah untuk diberikan kepada mereka pada hari itu yang bertujuan untuk membesarkan agama mereka seperti santa clause, melainkan hadiah itu hanya sebagai tanda ingatan kepada peserta yang datang.  berlainan dengan hadiah yang dibawa di dalam majlis perkahwinan, kelahiran anak, isteri sakit dan sebagainya, yang tidak ada unsur membesarkan agama mereka.

9. Perayaan itu diadakan oleh orang-orang bukan Islam  itu sendiri dan bukannya diadakan oleh pemimpin negara yang beragama Islam, kerana pemimpin Islam dikehendaki bertoleransi dengan rakyat bukan Islam, namun tidak boleh sampai ke tahap menganjurkan majlis rumah terbuka itu sendiri, kerana mengandungi unsur menzahirkan agama bukan Islam di dalam negara Islam. Jika ingin juga diadakan rumah terbuka, hendaklah dibuat tidak bersempena dengan perayaan agama-agama bukan Islam, sebaliknya dipilih hari-hari lain dan diletakkan nama yang sesuai dengannya seperti jamuan rakyat berbagai kaum dan sebagainya.

Jika syarat-syarat di atas tidak wujud, sewajarnya kita tidak menghadiri perayaan mereka, sebagai mengambil langkah berhati-hati ke arah menutup pintu yang boleh membawa fitnah kepada keruntuhan akidah umat Islam.

Kesimpulannya:
Warga negara beragama Islam diharamkan dan dilarang sama sekali merayakan perayaan bukan Islam sama sebagaimana perayaan yang disambut oleh warga negara bukan beragama Islam atau terlibat dalam upacara-upacara ibadah agama orang yang bukan Islam.

Menghadiri rumah terbuka yang diadakan oleh warga negara bukan Islam yang terdiri daripada rakan-rakan sekerja, rakan-rakan sepejabat, majikan dan sebagainya adalah harus dalam konteks Malaysia, kerana telah menjadi tradisi dan adat yang diamalkan oleh penduduknya dan tidak mengandungi unsur menyerupai orang bukan Islam, yang dilarang. Bukan sahaja warga negara bukan beragama Islam yang mengadakan rumah terbuka, bahkan juga diadakan oleh warga negara beragama Islam dalam perayaan mereka dan sudah biasa berlaku kunjung mengunjung pada hari tersebut tanpa mengira latar belakang agama dengan syarat-syarat yang telah digariskan pihak JAKIM di atas.

Inilah serba sedikit perkongsian yang diharapkan dapat membantu kita yang menghadapi dilema bagaimana untuk seimbangkan identiti diri sebagai Muslim Sama ada yang berbangsa Cina atau tidak,  serta kaedah terbaik berinteraksi dengan ahli keluarga yang masih belum Islam.

Diharapkan juga ini akan memudahkan umat Islam untuk menggunakan kesempatan Tahun Baru Cina untuk merapatkan ukhuwah dengan saudara dan rakan berbangsa Cina yang belum Islam dan inilah juga permulaan dakwah kita dengan mereka. Mereka juga akan merasa terpanggil untuk memenuhi undangan kita apabila tibanya Aidilfitri mahupun Aidil Adha.

Semoga Allah SWT memudahkan urusan kita dan memberikan kekuatan kepada kita bagi menyampaikan dakwah dan kalimah Islam kepada mereka yang belum mendapatkan hidayah Islam bersempena datangnya tahun baru Cina pada tahun ini. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

JOM FIKIR DAN FAHAM.

ASTRONOT WANITA JADI MU'ALAF
Sunita Williams, seorang wanita
India pertama yang pergi ke bulan
pada tanggal 9-07-2011.
Kembalinya dari bulan terus memeluk Agama Islam . Dia berkata : ''Dari Bulan seluruh Bumi kelihatan hitam dan gelap kecuali dua tempat yang terang dan bercahaya. Ketika aku lihat
dengan Teleskop, ternyata tempat
itu adalah Mekkah dan Madinah.'' Di Bulan semua frekuensi suara tidak berfungsi, Tapi aku masih mendengar suara azan. Prof Lawrence E Yoseph :
Sesungguhnya kita telah berhutang
besar kepada umat Islam dalam Encyclopedia Americana menulis : "Sekiranya orang-orang Islam berhenti mengerjakn tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, kerana
rotasi dari super konduktor yang
berpusat di Hajar Aswad, tidak
lagi memancarkan gelombang
elektromagnetik .
Menurut hasil penelitian dari 15
Universiti : Menunjukkan Hajar
Aswad adalah batu meteor yang
mempunyai kadar logam yang
sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronot melihat satu sinar yang teramat terang memancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata dari Kaa'bah. Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang siaran dan jaraknya
mencapai ribuan km jangkauan siarannya.
Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis : "Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat
waktu menjaga super konduktor itu..."
Para astronot telah menemukan : bahawa planet Bumi itu mengeluarkan radiasi.bRadiasi yang berada di sekitar
kaa’bah ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan
Kaa’bah di alam.Di tengah-tengah
antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang
bernama ‘Zero Magnetism Area’,
ertinya adalah apabila kita
mengeluarkan kompas di area
tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama
besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang
tinggal di Mekah, maka ia akan
hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi
oleh banyak kekuatan graviti. Sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaa’Bah, maka seakan-akan diri kita dicas berulangkali
oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah. Makkah juga merupakan pusat
bumi. Makkah adalah Pusat dari lapisan-lapisan langit. Ada
beberapa ayat dan hadis nabawi
yang menyiratkan fakta ini. Allah
berfirman : ‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus
(melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak
dapat menembusinya melainkan dengan kekuatan.’   (arRahman:33).
Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna
putih tetapi juga memancarkan
sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah subhanahu wata'ala tidak memadamkan kilauannya, tidak
seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya. Dalam penelitian lainnya, mereka
mengungkapkan bahwa batu Hajar
Aswad merupakan batu tertua di
dunia dan juga blh mengembang
di dlm air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari
Ka’Bah ) dan pihak muzium juga
mengatakan bahwa bongkahan
batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.Rasulullah ada  bersabda : Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Subhanallah,
Alhamdulillah,
Laa Illaha illallah,
Allahu Akbar

Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji dan Umrah. Ini adalah jawapan fitnah dan tuduhan jahiliah yang tdk didasari ilmu pengetahuan, iaitu mengapa kaum Muslimin solat ke arah kiblat dan bahawa umat Islam di anggap menyembah Hajar Aswad. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Dan Segala-galanya..
Subhanallah ..

PENGAJARAN...HEBATNYA ORANG CINA

[06:56, 2/21/2015] ‪+60 19-223 1229‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P.I.P.I) - HIMPUNAN MUZAKARAH BERSAMA (Ustaz Hj Kamil) Sabtu 2 Jamadil Awwal 1436H. HEBAT ORANG CINA!

Cuti sekolah ke Seberang Jaya,
Belikan saya perabot jati,
Bagaimana Cina boleh berjaya,
Kerana mereka buat sesuatu sepenuh hati.

Orang Cina atau Negara China sebenarnya sudah terkenal dan dikenali sejak dari zaman dahulu lagi. Sehinggakan terakam dalam sebuah kata-kata yang masyhur untuk menuntut ilmu walaupun sehingga sejauh ke Negara China.

CERAH-CERAHKAN:
Sejak dari dulu lagi, kata-kata ini dikenali sebagai sebuah hadis dari Nabi SAW. Sebenarnya ianya bukan hadis yang sabit dari Baginda Rasulullah SAW.  Tetapi adalah sebuah 'Hadis Palsu' :

اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنٍِ

"Carilah ilmu walaupun sampai di negeri China,"

Imam Ibn Hibban mengatakan, Hadis ini "batil la asla lahu" (batil, palsu, tidak ada dasarnya). Pernyataan Ibn Hibban ini diulang kembali oleh As-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqhasid al-Hasanah. Sumber kepalsuan Hadis ini adalah rawi yang bernama Abu Atikah Tarif bin Sulaiman (dalam sumber Iain tertulis, Salman).

Menurut para ulama Hadis seperti al-`Uqaili, al-Bukhari, al-Nasa'i, dan Abu Hatim, mereka sepakat bahawa Abu Atikah Tarif bin Sulaiman tidak memiliki thiqah sebagai perawi Hadis. Bahkan menurut al-Sulaimani, Abu Atikah dikenali sebagai pemalsu Hadis. Imam Ahmad bin Hanbal juga menentang keras Hadis tersebut. Ertinya, beliau tidak mengakui bahawa ungkapan "Carilah ilmu walaupun sampai di negeri China itu sebagai Hadis Nabi.

Walaupun ia bukannya sebuah hadis, tetapi bolehlah kita anggap sebagai kata-kata pujangga yang memberikan motivasi untuk kita. Persoalannya ialah kenapa Negara China bukan negara-negara Eropah atau negara-negara Barat yang lain. Di sini Ustaz  ingin berkongsi kehebatan masyarakat Cina sebagaimana yang ditulis oleh Ustaz Ann Wan Seng di dalam bukunya  RAHSIA BISNES ORANG CINA :

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh di pelajari.
2. Katanya, peniaga tulen, tak takut cabaran. Peniaga palsu, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.
3. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.
4. Orang Cina suka berhijrah.
5. Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.
6. Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.
7. Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.
8. Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan..
9. Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.
10. Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada sikap, usaha dan keyakinan.
11. Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.
12. Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.
13. Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.
14. Dalam falsafah perniagaan Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.
15. Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

Sebenarnya ada 50 rahsia kejayaan masyarakat China dalam bidang perniagaan sebagaimana yang ditulis oleh Ann Wan Seng. Ustaz hanya kongsikan sebahagian sahaja, selebihnya anda kena belilah buku ini sendiri. Hendak beli buku cara-cara orang berjaya pun berkira macam mana nak berjaya?

CHECKLIST :
1) Persoalannya ialah kenapa Negara China bukan negara-negara lain.
2) Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri apa saja keadaan.
3) Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Dimana-mana sahaja di seluruh dunia kita melihat Bangsa Cina boleh hidup. Malah sebahagiannya mendominasi ekonomi di negara tersebut. Bukan salah mereka menguasai ekonomi negara kita... Sebab mereka rajin dan mempunyai kekuatan hubungan sesama bangsa mereka. Tapi apa silapnya bangsa kita, selagi ada PHD (perasaan hasad dengki) sampai bilapun tak akan maju. Wallahu a 'lam - Ingat kata-kata TGNA lebih rela orang Cina Muslim jadi PM dari orang Melayu yang........

Saturday, February 21, 2015

PERSAUDARAAN

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم

PERSAUDARAAN

Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
[Riwayat Al-Tabrani]

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, sholatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.”
[Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]

Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta sholat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.”
(HR Tirmidzi) 

Dari ‘Aisyah r.a, dari nabi s.a.w beliau bersabda:”Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.”
[HR Bukhari]

Siapa ingin doanya terkabul/dibebaskan dari kesulitan, hendaknya ia membantu/mengatasi kesulitan orang lain.
[HR Ahmad]

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim."
[HR Bukhari; No.1695, Jilid 4]

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)

Daripada Anas r.a bahawa “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” 
(al-Bukhari)

Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.”
(Bukhari dan Muslim)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
(HR. Bukhari, Muslim)

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya."
(HR. Bukhari)

Tiada masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.
(HR. Muslim) 

Orang Muslim itu adalah saudara, janganlah kamu menganiayanya, janganlah kamu menghinanya, dan janganlah kamu merosakkannya.
(HR. Muslim) 

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” 
(Al-Bukhari)

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ
وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Wednesday, February 11, 2015

PESAN UNTUK DIRI.


Tengok Pertandingan 90 minit
Tengok Drama bersiri 60 minit
Tengok Movie 130 minit
Tunaikan Solat hanya 5 minit saja
Di dalam api neraka jahannam sepanjang hayat
Untuk Akal yang maju !!
.. Renungkan!
Di Whatsapp 300 Kawan
Di blackberry 500 kawan
☎ Di contact phone 80 Kawan
.. di Kampung 50 Kawan
Dalam Keadaan susah hanya ada 1 kawan.
Dalam Jenazah mu, Hanya keluargamu saja yang menguruskannya.
Dalam Kubur hanya kau sendirian.
Jangan anggap Aneh kenyataan ini.. ..
Sebab memang seperti ini lah kenyataan Hidup..
Pada Hakikat nya :
"Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagi mu kecuali Solatmu"
Duduk setelah salam dari solat yang telah di wajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab Pada waktu itu Turun Rahmat Allah Azza wajalla.
Jangan tergesa-gesa berdiri, Bacalah Istikhfar,bertasbih lah, Baca ayat Al-kursi, dan jangan Lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan dzat yang maha Rahman Azza wa jalla.
فإذا فرغت فانصب والى ربك فارغب
Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.
..LANGKAH MENUJU SYURGA..
Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai.
.. Ada Lima perkara, kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkan nya.
1. Wajah yang cantik
2. duit berjuta-juta
3. sihat dan kuat
4. anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.
Hal itu Mudah kita peroleh.. hanya perlukan waktu 15 minit saja.
Bagaimana caranya... ..
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم
من ترك صلاة الفجر فليس في وجهه نور
✔ 1. Nabi bersabda : Barangsiapa yang tinggalkan solat Subuh maka wajah nya tak akan ada cahaya
ومن ترك صلاة الظهر فليس في رزقه برگة
✔ 2. Barangsiapa yang Tinggalkan solat zohor nescaya Tak ada keberkatan dalam rezekinya.
ومن ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة
✔ 3. Barangsiapa yang tinggalkan solat asar nescaya  tak ada kekuatan dalam jasad nya.
ومن ترك صلاة المغرب فليس في أولاده ثمرة
✔ 4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh di petik dari anak-anak nya.
ومن ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة’’’’
✔ 5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidur nya.
.. Tahu kenapa Kalimah La ilaha Illallah tidak sampai menggerakkan bibir jika di ucapkan
Sebab ini adalah Rahmat Dari Allah ke atas orang islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.
Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah La ilaha Illallah.
Bila ini bermanfaat bagi mu , sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi , berbahagi perkara yang bermanfaat adalah bahagian dari amal-amal soleh.

Monday, February 9, 2015

AKIBAT SOLAT DIHUJUNG WAKTU.


Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. 
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. 
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. 
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. 
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... 
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 
Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. 
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. 
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. 
Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. 
Dia ditarik kembali ke atas. 
Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. 
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 
"Siapakah anda?" 
Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." 
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. 
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. 
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar. 
-- 
Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka. 
Siapa tahu? 
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman. peringatan utk saya juga.

13 PERKARA YANG SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA/PEREMPUAN ISLAM.

1. BULU KENING – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. KAKI DAN SEMACAM HANTU LOCENG–Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. WANGIAN– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. DADA– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. GIGI– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya –(Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. MUKA DAN LEHER– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. PAKAIAN YANG NIPIS( JARANG) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. TANGAN– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. MATA – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. MULUT(suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk(gedik) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. KEMALUAN– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. PAKAIAN – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
[truncated by WhatsApp]

13. RAMBUT– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Peti kan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sila SHARE utk pesan kpda yg lain..
Tegur/pesanlah jika anda sayangkan ibu, isteri, adik, kakak dan kaum wanita keluarga anda. 

TO ALL PEREMPUAN... Mohon kepada gadis-gadis dan juga para wanita baca post ni sampai habis. Saat memandang  kain sempit mu,  seluar ketat mu, baju sendat mu,  tudung singkat mu,  solat dan ibadahmu. Aku ingin sekali menegurmu.  Namun.  Sering saja terkaku. Rasa tak mampu.  Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur. Jauh di sudut hati terasa bimbang. Aku bimbang di akhirat kelak. Kau akan mempersoalkan aku. "Kau sahabat aku. Kenapa kau tak tegur aku dulu? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan? Aku kurang ilmu agama. Tapi kau tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama kau tu? Kenapa kau tak guna untuk bantu aku? Kau tunggulah di akhirat kelak. Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku." Allahu. Saudaraku. Begini lah cara aku menegur mu.  Dengan post kecil ini.  Hari ini.  Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Dia di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk saudaraku. Aku boleh jawab bahawa. "Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini.

Selamat beramal utk kebahagiaan

Monday, February 2, 2015

IBU..KAU SEGALANYA.

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.

Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya.

Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.

Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..

Assalamualaikum.. semua...mari kita sama2 renungkan...sebak rasanya bla membacanya...
Al-Fatihah buat org tua kita yg tlh tiada...yg masih mempunyai ibu dan ayah...hargailah mereka...!

INSAN YANG SERING TERABAI


LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. ..

Dia korbankan coklat ..nya.. untuk adik beradik ..nya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua ....nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit ..untuk beli hadiah .. untuk .. .. yang dia cinta .... hanya untuk melihat dia tersenyum ☺

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri ..dan anak2...... dengan bekerja lewat malam.. .. tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan mereka sekelurga ..dengan membuat pinjaman ..daripada bank .. dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.......

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu .., isteri .. dan boss ...

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan .. orang lain

Kalau dia keluar rumah .., org kata dia lalai ..

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas ..

Kalau dia marah .. anak2 .., org kata dia raksaksa..

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab ..

Kalau dia tak benarkan isteri .. bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong ..

Kalau dia benarkan isteri .. bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak .., org kata dia anak .. emak ..

Kalau dia dengar cakap isteri .., org kata dia kena Queen Control ..

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki ....supaya mereka tersenyum ☺ & kepada semua wanita ...... supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..

Sesungguhnye, setiap org memikul watak bg melengkapi kisah riwayat kehidupan di dunia ini..

KEEGOAN YANG BERNAMA IBU/AYAH.

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

Sunday, February 1, 2015

KEBAIKKAN TEH HIJAU

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Ramai antara kita tidak tahu bahawa teh hijau banyak manfaat, jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah:

1. Kelebihan Teh Hijau #1: Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

6. Kelebihan Teh Hijau # 6: Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.

8. Kelebihan Teh Hijau #8 : Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kelebihan Teh Hijau #9 : Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10. Kelebihan Teh Hijau #10: Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenis antibakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11. Kelebihan Teh Hijau #11: Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan, kerana ia ada ciri-ciriantioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.