Wednesday, December 31, 2014

CARA BUAT AIR PENAWAR.A

Kaedah membuat air penawar tidak diterangkan dalam mana-mana blog perubatan. Anda cuba goggle dalam internet memang tak ada. Yang ada air penawar yang hendak dijual dari beberapa induvidu yang telah diruqyahkan oleh ustaz-ustaz atau murid-murid dari pondok agama.

Harga pun boleh tahan juga. Kebanyakan kita selalu berjumpa dengan ustaz atau bomoh untuk mendapat air penawar bagi mengubati penyakit biasa seperti kencing manis, mencerdaskan minda, membuang angin dalam badan dan sebagainya. Ada juga mendapatkan air penawar untuk yang kena sihir,  penawar racun dan berbagai penyakit misteri yang lain.

Kali ini captain nak terangkan bagaimana untuk membuat air penawar untuk kegunaan diri sendiri serta ahli keluarga.

Cara-cara membuat air penawar.

1. Sebelum mula tentukan diri anda bersih dan berwudhuk.
2. Lelaki atau wanita asalkan bacaannya baik dan betul bacaannya.
3. Sebaiknya lakukan selepas solat asar.
4. Mengadap kiblat kerana selepas solat asar.
5. Air mineral dan buka tudungnya.

Surah-surah yang dibaca.

Sebelum mula, Istighfar 10 kali serta salawat Nabi 10 kali.

    Baca Al-Fatihah - 10x.
    Baca Ayatul Kursi - 1x.
    Baca Surah Al-Ikhlas - 3x.
    Baca Surah Al-Falak - 1x.
    Baca Surah An Naas - 1x.
    Baca Surah Yunus - 11x....ayat 81
    Zikir  "Ya-Naafi" - 100x.
    Penutup - Salawat Nabi 10x.


Maksudnya:

81. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan.

Simpan ditempat yang tinggi. Jangan dilangkah air penawar itu. Kegunaan air penawar sekiranya ada ahli keluarga yang terkena sihir, dirasuk oleh makhluk halus. Bagi minum dan mandikan. Tuang dan campurkan ke dalam baldi yang sudah ada air mandi. Jika kurang sihat dan demam, minum waktu pagi dan petang.
(Share dari seorang sahabat...moga Allah berkati hidupnya)

Tuesday, December 30, 2014

KANSER RAHIM MUDAH DIKESAN.



Kanser rahim mudah dikesan
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil selepas lima tahun berkahwin.

Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas membuat pemeriksaan imbasan ultrabunyi, doktor mendapati terdapat perubahan pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani pemeriksaan biopsi iaitu pengambilan tisu rahim.

Memang benar seperti yang dijangka kerana terdapat sel kanser pada bahagian dinding rahim yang menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan. Mujur Amelia segera ke hospital kerana kanser masih berada pada tahap awal, jadi rawatan hanya menerusi ubat-ubatan dan bukannya pembedahan pembuangan rahim.

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.

"Walaupun di Malaysia kanser rahim berlaku seawal usia 26 tahun, ia tidak berbahaya selagi pesakit mengetahui perubahan diri mereka dan mendapatkan rawatan awal. Semakin awal mereka mendapatkan rawatan, peratusan untuk pulih sepenuhnya sangat cerah," katanya.

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.

"Apabila disebut kanser rahim, ia merujuk kepada kanser yang terjadi atau berasal daripada bahagian badan rahim. Ada dua bahagian utama badan rahim iaitu selaput dinding rahim ataupun endometrium dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma," jelasnya.

Dalam bidang perubatan, terdapat tiga jenis kanser rahim iaitu selaput dinding rahim dinamakan kanser endometrium, kanser yang berasal daripada otot dinding rahim iaitu liomiosarkoma (Leiomyosarcoma) dan kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding rahim dinamakan karsinosarkoma.

Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.

"Ramai mengambil mudah kerana menyangka ia darah haid. Sebab itu ada yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser merebak ke tahap empat. Sekiranya darah keluar semula selepas menopaus, sepatutnya mereka membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan sama ada ia penyakit serius atau tidak," katanya.

Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim.

"Namun, ada juga bertanya saya mengenai haid yang tidak menentu. Ia bukanlah faktor utama sebaliknya golongan ini berisiko mendapat kanser rahim," katanya.

Kanser rahim juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan pengedaran serta kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang atau dipanggil sindrom ovari polisistik (PCOS) iaitu gangguan hormon paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur. Ia juga menjadi salah satu faktor ketidaksuburan wanita.

Antara ciri utama PCOS adalah ovulasi (proses bertelur) tidak berlaku atau tiada ovulasi yang tetap pada setiap bulan. Selain itu, peningkatan aras hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan wanita turut menjadi punca.

"Sindrom ovari polisistik tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti demam atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur me­ngalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS," katanya.

PCOS boleh dihidapi sesiapa saja, namun kekerapan berlaku lebih kerap kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun yang turut berisiko mendapat kanser rahim. Namun, faktor keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

PCOS boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti daripada ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular. Mereka juga mempunyai bulu berlebihan di kawasan tertentu disebabkan ketidakseimbangan hormon ini.

"Wanita yang mengalaminya juga akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti namun ada juga yang terlalu kurus berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ini. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah keputihan yang serius perlu mendapatkan rawatan segera bagi memastikan ia tiada kaitan dengan penyakit lain," katanya.

Rawatan kanser rahim

Rawatan untuk kanser rahim tahap empat hanya dapat dilakukan menerusi pembedahan pembuangan rahim termasuk tiub fallopio dan ovari. Untuk kanser tahap lanjut, pesakit dinasihatkan menjalani kemoterapi atau radioterapi bagi mengelak sel kanser merebak ke kawasan lain.

"Keadaan ini berbeza bagi mereka yang membuat pemeriksaan awal terutama wanita di bawah 30 tahun kerana pembedahan tidak perlu dilakukan. Kadar penyembuhan juga lebih cepat," katanya.

Jelasnya, pembuangan rahim juga tidak mendatangkan kesan terutama kepada pesakit yang sudah menopaus. Namun bagi wanita yang masih muda mereka mungkin mengalami kesan perubahan hormon disebabkan menopaus seperti sering tertekan, cepat marah, menjadi lebih beremosi dan sukar mengawal perasaan.

"Bagi mereka yang merasakan perubahan begitu ketara sebelum dan selepas pembuangan rahim, sebaiknya mereka segera mendapatkan rawatan di hospital kerana ada ubat yang mampu meredakannya," ujarnya.

Proses penyembuhan juga bergantung sejauh mana pesakit mampu menerima kenyataan atas apa yang diberikan. Pemikiran yang positif dan menerima kenyataan akan menjadikan mereka lebih kuat. Dalam hal ini, orang sekeliling terutama keluarga harus memberikan sokongan supaya pesakit tidak berasa keseorangan.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah reda dengan ketentuan Tuhan dan menerima dengan hati terbuka. Mereka harus sedar kanser yang diberikan ini bukanlah satu musibah sebaliknya anugerah bagi membolehkan pesakit mendekatkan diri dengan Allah.

"Jika berasa keseorangan, babitkan diri dalam aktiviti bersama rakan yang mengalami nasib yang sama agar mereka saling memberi sokongan. Banyak badan bukan kerajaan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Universiti Putra Malaysia (UPM) menyediakan pelbagai aktiviti untuk pesakit kanser seperti terapi seni dan kaunseling yang mampu memberikan semangat untuk mengharungi kehidupan. Waktu yang dilalui seharusnya diisi bersama keluarga supaya mereka dapat berasa betapa bermaknanya waktu yang ada ini," katanya.

Monday, December 29, 2014

ALLIANZ...Tanggung insurans tiga pesawat dalam setahun.

Anggaran pampasan RM349 juta

HONG KONG: Syarikat insurans terkemuka Jerman, Allianz mengesahkan pihaknya adalah syarikat insurans utama kepada pesawat AirAsia yang hilang bersama 162 penumpang, menjadikannya insiden nahas udara ketiga membabitkan mereka sepanjang tahun ini.

Syarikat itu adalah penanggung insurans penerbangan MH370 yang hilang di Lautan Hindi Mac lalu dan juga pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan Julai.

"Kami mengesahkan Allianz Global Corporate & Specialty UK (AGCS) adalah penanggung insurans utama AirAsia," kata jurucakap Allianz dalam satu kenyataan.

Nahas udara adalah antara empat punca utama kerugian insurans yang tidak berkaitan bencana alam dalam tempoh lapan bulan pertama 2014 menurut laporan Allianz.

Bagaimanapun Allianz enggan memberi komen mengenai nilai insurans atau mendedahkan syarikat lain yang terbabit dalam pampasan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia berkenaan.

Pengiraan Reuters menunjukkan pampasan minimum bagi insiden seperti ini mungkin mencecah 100 juta USD (RM349 juta).

Seperti dua nahas udara sebelum ini, Allianz bersama syarikat insurans lain perlu menanggung kos kehilangan pesawat Airbus A320-200 itu serta pampasan kepada waris mangsa. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 29 Disember 2014 @ 8:25 PM

Saturday, December 27, 2014

HUKUM SIHIR.

1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.

2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas.

3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut:

Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana:

i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:

 قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِيْ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا الله



Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)

ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda:



مَنْ أتَى كَاهِنًا أوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ فِيْمَا يَقُوْلُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ



Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”  (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)



Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.



Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda:



مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةُ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً



Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)



Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.

4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.

5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.

6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan tujuan untuk kebaikan.

7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan, memasarkan dan mempromosikan amalan-amalan yang berkaitan dengan sihir.


KEPUTUSAN INI TELAH DIPERAKUKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS DALAM MESYUARAT BILANGAN 4/2011 PADA 23 OGOS 2011 BERSAMAAN 23 RAMADAN 1432H. KEPUTUSAN INI JUGA TELAH DISEMBAH MAKLUM KEBAWAH DYMM TUANKU RAJA PERLIS.

Tuesday, December 23, 2014

MAKANAN TENTUKAN KESIHATAN

TIDAK dinafikan setiap individu mahu kesihatan mereka berada pada tahap optimum, sama ada dari segi fizikal atau mental. Namun cara hidup yang semakin pantas, sibuk dan sentiasa mengejar masa menyebabkan ramai hilang fokus hingga mengabaikan diri demi mencapai kejayaan yang bersifat materialistik.

Walaupun wang yang dicari, ia bukan penyelesaian kepada segala persoalan hidup dan apabila kesihatan merosot, kualiti hidup juga merudum hingga menyebabkan seseorang itu menjadi murung.

Kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat. Kedua-duanya perlu bergerak seiringan kerana sekiranya mental tidak sihat, ia akan memberi kesan negatif kepada fizikal dan begitu juga sebaliknya.

Perangkaan di negara maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat menunjukkan kes bunuh diri banyak berlaku. Ini terjadi apabila wujud masalah mental akibat pengurusan minda yang tertutup, harapan tinggi yang tidak tercapai serta tekanan hidup yang mendorong perbuatan negatif itu.


Antara faktor yang menyumbang kepada kes bunuh diri semakin meningkat adalah masalah pengangguran, ekonomi, kemurungan dan tekanan daripada masyarakat sekeliling.


Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail berkata, minda adalah bahagian yang paling penting pada tubuh dan sekiranya ia tidak dijaga, pemikiran seseorang menjadi bercelaru hingga menyebabkannya gagal mengurus diri serta hidup dengan baik.

Apabila mental menjadi tidak sihat termasuk mengalami tekanan akibat masalah hidup seperti putus cinta, bergaduh dengan rakan atau bercerai, hormon menjadi tidak seimbang hingga ia kelihatan pada kulit.

"Kulit boleh timbul ruam dan kering akibat hormon yang bercelaru disebabkan tekanan pada minda. Kadangkala kita ingatkan kulit kering kerana tidak sapu losen tetapi sebenarnya ia terjadi kerana stres.

"Apabila mental tidak stabil, perubahan pada tubuh dapat dilihat dengan nyata, antaranya fizikal menjadi tidak terurus, rambut kusut atau kulit kering," katanya.

Beliau berkata, sebaliknya juga akan berlaku apabila seseorang gembira dan berfikiran positif, mindanya akan tenang membuatkan hormon menjadi stabil, seterusnya kulit kelihatan cantik dan berseri-seri.

Selain pemakanan yang teratur dan seimbang, kesihatan fizikal seseorang turut mempunyai hubung kait yang rapat dengan mindanya hinggakan pemikiran yang negatif mampu dilihat pada perubahan fizikal yang mungkin menjadi tidak bermaya dan kulit kusam.

Menurutnya, pemakanan turut menyumbang kepada kesihatan diri. Apabila seseorang itu mengambil pemakanan banyak karbohidrat, tubuh akan menjadi lesu fizikal dan ia memberi kesan secara tidak langsung pada minda.

Begitu juga apabila seseorang mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam diet, ia akan membuatkan diri menjadi terlalu aktif dan mungkin mudah naik marah.

"Makanan sememangnya mempunyai hubung kait dengan kesihatan mental kerana ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Nutrien makanan seperti zat besi dan protein memberi kesan pada tubuh.

"Setiap makanan yang diambil mempengaruhi tubuh. Oleh itu, untuk mendapat mental yang sihat, pemakanan juga perlu dijaga kerana minda memerlukan zat daripada pemakanan yang disalurkan ke dalam tubuh," katanya.

Dr Khaidzir berkata, seseorang itu perlu menjaga kesihatan mentalnya dalam usaha memelihara kesihatan dirinya secara menyeluruh termasuk mengambil pendekatan sentiasa berfikiran positif walaupun berhadapan dengan cabaran.

Menurutnya, setiap orang perlu mengetahui keupayaan diri masing-masing supaya mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara tidak sepatutnya.

"Seseorang itu tidak seharusnya suka menyalahkan pihak lain, sebaliknya menerima sebarang dugaan yang datang dengan hati yang terbuka, reda dan tenang kerana ia boleh menjaga kesihatan mental diri mereka.

"Mereka juga perlu tahu kaedah untuk mengawal diri sendiri kerana minda yang tidak tenang akan menyebabkan seseorang berasa penat dan mudah diserang penyakit, mudah meracau selain sukar menerima gurau senda rakan," katanya.

Beliau berkata, minda perlu sentiasa positif dan menerima dugaan serta cabaran hidup dengan hati terbuka, seterusnya membuatkan seseorang memperoleh kesihatan mental yang baik.

Bagi orang Islam pula, mereka perlu menjaga solat dan sentiasa berdoa dalam usaha memperoleh ketenangan diri, seterusnya dapat menjalani hidup dengan lebih gembira.

"Selain positif dan menikmati setiap saat hidup dengan gembira, manusia perlu berkawan dan tidak seharusnya berseorangan. Ini kerana seseorang perlu berkongsi apa yang ada dalam hatinya termasuk susah senang demi minda yang sihat.

"Seseorang juga digalakkan terbabit dalam kegiatan riadah dan aktiviti yang mampu menyibukkan diri mereka, berkawan dengan ramai orang selain mempunyai hobi bagi membuatkan minda mereka sentiasa bekerja dan berfikir.

"Ada kata-kata hikmah yang mengatakan, minda yang kosong mudah dimasuki syaitan dan ada kebenaran pada ayat itu. Oleh itu, kita perlu sibukkan diri dengan perkara berfaedah," katanya.


Cara mendapat minda yang sihat:
Tahu keupayaan diri sendiri
Mengambil pemakanan seimbang
Berfikiran terbuka
Berfikir secara positif
Reda dengan dugaan
Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah
Beriadah
Berkawan dengan ramai orang
Bersolat dan berdoa
Kongsi perasaan


Kesan mental tidak tenang:

Kulit menjadi kering dan kusam
Timbul ruam
Hormon bercelaru
Penampilan kusut
Mudah tersinggung
Mudah penat
Mudah diserang penyakit

EKONOMI MALAYSIA...APA DAH JADI?

1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%!


1mdb cayman

1MDB Berbelanja Mewah. 1MDB Berjudi di Pulau Cayman Island? Jaminan Keuntungan Lebih 30%! : 1MDB terus dilihat beban kepada negara di atas kacau bilau yang telah berlaku dalam ekonomi negara sekarang ditambah pula dengan faktor luaran ekonomi yang telah memberikan kesan besar kepada negara Malaysia.

Dr Mahathir terus memberikan tekanan hebat kepada…kerajaan Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Razak disebalik pengurusan negara yang terus merisaukan mantan Perdana Menteri Malaysia ini berdasarkan pengamatan beliau selama mana 22 tahun memerintah dan menguruskan ekonomi negara bersama-sama datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga diangkat menjadi “Harimau Asia” daripada sudut kejaguhan dan kepesatan ekonomi lebih-lebih lagi sekitar tahun 90an.

KLIK SINI : Harimau Asia Pada 90an, Malaysia VS Korea Selatan

Sekarang ini negara kita diuruskan 2 Menteri Kewangan, ada PEMANDU, ada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan yang cukup popular dan sebagai jurucakap kerajaan Malaysia apabila berbangkit apa sahaja isu di Malaysia ini, tetapi yang merisaukan Tun Mahathir adalah apabila beberapa tindakan yang diambil sebelum ini terus-terang terus rugikan negara. Antaranya ialah :
Pelaburan 1MDB di Pulau Cayman & Bebankan Dana Negara!

        Mengapa kerajaan Malaysia “bermurah hati” beli janakuasa bebas yang merupakan skim cepat kata golongan taikun di Malaysia pada nilai dan harga yang sangat tinggi dan tidak munasabah?
        Tidak cukup dengan itu pembelian janakusa bebas dibayar dengan hutang yang mana kerajan terpaksa membayar komisen dan kadar faedah yang tinggi kepada Goldman Sachs sejumlah 11?
        Apa sebabnya kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang mengejutkan apabila duit 1MDB disimpan di Pulau Cayman?
        Tun Mahathir mendedahkan buat pertama kalinya kepada media apabila membongkar kegiatan di Pulau Cayman yang didominasi dengan urusniaga dagangan matawang dan pusat operasi Hedge Fund
        Biasanya, jikalau kalangan individu ataupun syarikat gemar melabur di sana kerana pulangan yang diterima sangat tinggi
        Sebelum ini, kerajaan Malaysia tidak akan melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah salah satu cabang judi. Sekali lagi judi…
        Sebelum ini kerajaan Malaysia pernah dilamar dan dipelawa untuk melabur dalam Hedge Fund keraja dijanji pulangan yang diterima adalah 30% walaupunbagaimanapun kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
        Tun Mahathir menolak pada masa itu.
        Pernah dahulu LTCM (Long Term Credit Management) yang merupakan cabang Hedge Fund yang terbesar rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis
        Malaysia mahu diheret kancah masalah seperti itu?

Tun Mahathir mengingatkan sekali lagi kerajaan Malaysia, jikalau mahu meningkatkan pendapatan negara janganlah sampai berjudi. Apa respon balas anda pula mengenai pelaburan 1MDB?

Monday, December 22, 2014

BOLA SEPAK THAILAND....5 FAKTOR MENYEBABKAN KEMENANGAN.


MUNCULNYA kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC adalah antara faktor yang membuat liga Thailand kian maju.

Dipetik daripada rencana yang pernah disiarkan laman web kaskus.co.id. menyatakan kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka.

Perubahan tersebut menjadi awal penerokaan potensi industri yang memberikan harapan tinggi peminat agar liga tempatan dapat menarik seperti halnya liga besar Eropah.

Berikut ialah petikan rencana tersebut.

Kumpulan terbaik di Asia Tenggara pada masa ini adalah Thailand Premier League (TPL) berdiri sejak 1996, namun baru "berkembang" tahun 2007. Kiblat bola sepak di Thailand adalah Liga Inggeris, kelab-kelab seperti Buriram United, Muangthong United, Chonburi FC mendominasi TPL. Pemain-pemain dari BPL pernah merasakan keghairahan TPL seperti Robbie Fowler & Jay Bothroyd (Muangthong United), Jay Simpson (Buriram United). Bekas pelatih pasukan kebangsaan Inggeris, Sven Goran Erikson pernah menjadi pengarah teknik kelab asal Thailand BEC Tero Sasana FC.

5 hal yang membuat liga Thailand kian maju

Bola sepak Thailand memang sejak lama kelasnya lebih tinggi dari Indonesia. Meski begitu mereka terus berbenah untuk boleh seperti kumpulan-kumpulan besar seperti J-League dan Liga Eropah.

Berikut ini faktor-faktor yang meningkatkan kualiti liga bola sepak Thailand yang memang lebih teratur dari Liga Indonesia:

1. Cheerthai Power Group, organisasi suporter yang menggalakkan kembalinya bola sepak Thailand sejak 2004 menanamkan motto "Ball Nork Kae Sa Jai, Ball Thai Eu Nai Sai Leod" yang ertinya, 'bola sepak antarabangsa hanya untuk kesenangan, bola sepak Thailand ada dalam darah'.

2. Sejak 2008, kelab-kelab Thailand yang sebelum ini dikendalikan oleh persatuan dan kelab, sekarang menjadi badan usaha atau syarikat. Di Thailand, penggunaan itu mendapat sambutan hangat dan ketika musim 2009 bermula Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah membentuk Thailand Premier League Company Ltd (TPLC), bertindak sebagai badan penganjur di bawah FAT dengan mewujudkan kelab peserta dituntut untuk berjalan sebagai syarikat.

3. Munculnya kelab-kelab baru yang menggunakan cara pengurusan kelab Eropah seperti Muang Thong United, Chonburi FC dan Bangkok Glass FC. Kehadiran mereka mendapat sambutan hangat peminat kelab dan boleh berkembang cepat dalam hal peminat mereka. Perubahan tersebut menjadi awal penerokaan potensi industri yang memberikan harapan tinggi peminat agar liga tempatan dapat menarik seperti halnya liga besar Eropah.

4. Thailand mengikuti pedoman AFC yang menyarankan bahawa bola sepak dijauhkan dari pengaruh politik untuk kepentingan pembangunan jangka panjang. Mereka memberi nota bahawa penglibatan politik boleh menjejaskan sebuah pasukan atau kelab menjadi kurang baik.

5. Dalam kumpulan Thailand terdapat peraturan bahawa bangku cadangan hanya untuk pemain gantian, 3-4 kakitangan pelatih, ketua jurulatih dan pengurus pasukan. Ketua atau presiden kelab harus duduk di tempat VIP. Pada dasarnya ini adalah mendorong mereka untuk fokus kepada perniagaan, tetamu VIP mereka, penaja, pelabur dan rakan-rakan mereka tetapi juga untuk mencegah mereka mempengaruhi pasukan mereka sendiri dan pengadil.

Thursday, December 18, 2014

JUS BUAH-BUAHAN UNTUK KESIHATAN.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak promosi oleh pelbagai syarikat pengeluar tentang kehebatan produk minuman kesihatan masing-masing yang selalunya dijual dalam bentuk serbuk bagi memudahkan pengguna. Wujudnya pengeluar-pengeluar minuman kesihatan ini macam cendawan tumbuh selepas hujan,  yang sesetengahnya diragui dari segi kesahihannya kerana kebanyakannya tidak pun mendapat kelulusan dan pengesahan Kementerian Kesihatan. Kebanyakan pengeluar minuman kesihatan ini mengaut keuntungan yang sungguh lumayan dengan jualan harga yang begitu tinggi tetapi keberkesanannya biasa-biasa saja.  Oleh itu, kita sebagai pengguna harus berhati-hati sebelum membeli sesuatu produk hanya berpandukan testimoni yang boleh direka-reka, sampai sanggup berhabis kerana termakan dan terpengaruh dengan iklan2 mereka. Sesetengahnya menggunakan personaliti tertentu untuk mempromosi produk mereka. Walau apapun, sebelum membeli sebarang produk kesihatan, pastikan produk tersebut telah mendapat kelulusan dan pengesahan Kementerian Kesihatan.

Sebagai pengguna prihatin, saya lebih percayakan jus buah-buahan yang diperbuat daripada buah-buahan yang segar daripada produk yang telah dibuat serbuk dan dijual dengan harga yang begitu mahal.

Kita boleh membuat jus daripada campuran buah-buahan dan sayuran pilihan sendiri untuk memperolehi khasiat tertentu mengikut keperluan masing-masing. Ini lebih menjimatkan dan lebih dipercayai.

jus buah

Berikut dikongsikan beberapa campuran buah-buahan yang boleh dibuat jus sendiri bagi mendapatkan khasiat tertentu.

* Lobak merah + halia + Epal  ==> Meningkatkan kelicinan dan membersihkan sistem badan.

* Epal + timun + celery  ==>  Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol,  mengubat sakit perut dan sakit kepala.

* Tomato + lobak merah + Epal  ==> Menambah kegebuan kulit, memperbaiki kulit bermasalah dan mengurangkan mulut berbau.

* Peria katak + epal + susu  ==> Mengelakkan mulut berbau dan mengurangkan panas dalaman badan.

* Oren + halia + timun  ==> Memperbaiki tekstur dan kelembapan kulit serta mengurangkan panas badan.

* Nenas + epal + tembikai  ==> Menyingkirkan garam berlebihan dalam badan,  menyihatkan ginjal dan pundi kencing.

* Epal + timun + kiwi  ==> Menambah kegebuan kulit dan memperbaiki kulit bermasalah.

* Pear + pisang  ==>  Mengawal atur kandungan gula dalam darah.

*  Lobak merah + epal + pear + mangga  ==> Mengurangkan panas badan,  menyiahtoksikkan badan, mengurangkan tekanan darah dan melawan oksidasi (bahan antioksidan).

* Tembikai susu + anggur + susu  ==> Kaya dengan vitamin C dan vitamin B2 bagi meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan  daya ketahanan (imuniti) badan.

* Papaya (betik) + nenas + susu  ==> Kaya dengan vitamin C, E, dan zat besi  bagi memperbaiki kompleksi kulit dan metabolisma badan.

* Pisang + nenas + susu ==> Kaya dengan vitamin dan nutrien bagi mencegah sembelit.

CARA ATASI ALAHAN WANITA HAMIL

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/21
    myMetro

    Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

    Wanita hamil biasanya me­ngalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan muntah, pening kepala dan perut berasa sebu serta tidak selesa.

    Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur di mana seseorang wanita itu mungkin berasa pening dan loya. Namun ada juga wanita yang me­ngalami gejala ini sepanjang hari.
    Namun, apabila kandungan memasuki trimester kedua (empat hing­ga enam bulan), alahan akan hilang secara beransur-ansur. Tetapi dalam kes yang teruk, ada wanita terpaksa bertahan dengan masalah alahan ini sepanjang kehamilan sehinggalah dia melahirkan anak.

    Alahan ketika me­ngandung ini membuat­kan ramai wanita terpaksa menukar perancangan harian supaya masalah itu tidak menjejaskan rutin atau tugas mereka. Keadaan alahan setiap wanita tidak sama, kerana ada yang diduga dengan alahan teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya.

    Sebenarnya alahan untuk jangka masa pendek adalah perkara biasa dan ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu mahupun anak dalam kandungan. Namun jika ia berlarutan sehingga muntah setiap kali makan, bayi berkemungkinan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan si ibu juga boleh terjejas.

    mual

    Jika ini berlaku, si ibu akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan. Antara gejala yang boleh dilihat ialah pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Segeralah dapatkan rawatan sekiranya perkara ini berlaku pada anda.

    Cara mengatasi alahan:

    Makanan

    * Apabila bangun tidur pada waktu pagi, makanlah sedikit biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.

    * Bangun secara perlahan-lahan dan ja­ngan terus baring selepas makan.

    * Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong contohnya setiap dua jam walaupun tidak lapar.

    * Makan apa saja yang diingini tetapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak atau bergoreng.

    * Jika tidak tahan de­ngan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika individu lain yang memasak.

    * Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana ia kurang bau.

    * Petua menghidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.

    * Elakkan diri daripada mengambil kafein atau merokok.

    Minuman

    * Minum air dengan kerap sehingga 12 gelas sehari.

    * Elakkan minum ketika makan, sebelum dan selepas makan.

    * Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

    Rutin harian

    * Pastikan waktu rehat cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.

    * Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain jika ada. Pastikan peruntukkan masa untuk berehat.

    * Elakkan berada di tempat panas kerana alahan akan bertambah teruk.

    * Bergerak dengan perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.

    * Dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.

RACUN BAHAYA DALAM KRIM KULIT.

Semasa anda membeli krim kulit, jangan lupa membaca label bahan ramuan yang terdapat pada botol atau bekasnya. Ini bagi memastikan krim kulit yang dibeli tidak mengandungi bahan beracun yang boleh memberi kesan terhadap kesihatan.

Hampir kesemua krim kulit yang terdapat dalam pasaran sekarang ini mengandungi bahan-bahan beracun (toksin) yang bahaya, termasuklah:

* Methyl, Propyl, Butyl, and Ethyl Paraben
* Propylene Glycol
* DMDM Hydrantoin
* Sodium Laurel Sulfate
* Synthetic Colors and Fragrances
* Triethanolamine (TEA)
* Diethanolamine (DEA)
* Imidazolidinyl Urea and Diazolidinyl Urea (also called Germall II and Germall 115)
* Behentrimonium Chloride

Bahan ramuan yang biasa ini adalah produk sampingan bahan petroleum yang beracun, bahan kimia dan sulfat yang boleh menyebabkan tindakbalas kulit yang alergik, merosakkan hati dan ginjal, sakit kepala, pening, atau mungkin juga kanser.

CREAM

Secara amnya, apa saja yang terdapat di kulit akan diserap ke dalam badan dan kemudian berakhir di dalam saluran darah. Sekiranya bahan beracun yang diserap, ia akan mendatangkan masalah kesihatan selain daripada merosakkan kulit muka sehingga kulit kelihatan lebih tua daripada umur sebenar.

Oleh itu, berhati-hatilah semasa memilih krim kulit. Elakkan membeli krim kulit yang mengandungi bahan ramuan beracun (toksin) seperti yang tersenarai di atas.

Wednesday, December 17, 2014

KHASIAT BAWANG PUTIH.

Tidak suka  bawang putih? Fikir sekali lagi! Allah telah menciptakan barang dapur yang berbau khas ini dengan banyak sekali manfaat untuk kesehatan tubuh manusia.

Bawang putih sudah dikenali lama sebagai ubat di samping  untuk memperlezatkan masakan. Bahkan para penyelidik pemakanan menyarankan untuk mengamalkan satu ulas bawang putih 1-3 kali sehari. Sedangkan anak-anak hanya boleh mengamalkan seperempat ulas bawang putih, 1-2 kali sehari.

Manfaat bawang putih memang sangat banyak, akan tetapi masih banyak orang yang enggan untuk mengamalkannya kerana dapat menyebabkan bau mulut yang tidak sedap. Oleh sebab itu saat ini banyak beredar pil bawang putih, tapi hati-hati dan pertimbangkan apa saja yang menjadi bahan campurannya.



Apa yang membuat bawang putih memiliki begitu banyak khasiat?

Bawang putih memiliki bermacam-macam bahan yang mengandung sulfur, ini merupakan alasan mengapa bawang putih memiliki aroma yang khas. Selain itu, Allicin, salah satu bahan yang terkandung dalam bawang putih, dikenal sebagai anti bakteri, anti virus, anti jamur, dan antioksidan.

Manfaat dari Allicin dapat diperoleh jika bawang putih dipotong dengan benar, dimayang atau ditumbuk halus dan dibiarkan untuk beberapa waktu. Bawang putih juga merupakan sumber selenium. Allicin, bersama dengan bahan lain seperti ajoene, allilin, dan lainnya yang dikandung oleh bawang putih juga memiliki efek bagus untuk peredaran darah, pencernaan, dan sistem kekebalan tubuh, serta membantu menurunkan tekanan darah, detoksifikasi, penyembuhan.

Sungguh besar manfaat dari si kecil berbau tajam ini? Jom semak ulasan berikut ini:



    Menghilangkan jerawat.

Bawang putih adalah ubat alami yang dapat menghilangkan jerawat di wajah, kerana memiliki anti oksidan yang mampu membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih perlahan-lahan ke bahagian jerawat dengan rutin maka jerawat insya Allah akan berkurang.

    Mengubati Diabetes.

Bawang putih sangat bermanfaat untuk mengontrol jumlah kadar gula pada darah. Oleh sebab itu, penderita diabetes sangat digalakkan untuk mengamalkan bawang putih sebagai rutin makanan harian.

    Melancarkan peredaran darah.

Salah satu manfaat bawang putih adalah melancarkan peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.

    Mengurangi tekanan darah.

Angiotensin II adalah protein yang membantu pembuluh darah berkontraksi sehingga meningkatkan tekanan darah. Allicin yang terkandung dalam bawang putih menghalang aktiviti angiotensin II dan membantu mengurangi tekanan darah. Kandungan polisulfida pada bawang putih diubah menjadi gas yang disebut hydrogen sulfide oleh sel darah merah. Hydrogen sulfide memperbesar pembuluh darah dan membantu mengontrol tekanan darah.

    Fungsi anti-pembekuan darah

Bahan ajoene membantu mencegah pembentukan darah beku pada tubuh. Pembekuan darah dapat meningkatkan risiko pendarahan setelah operasi.

    Mengontrol berat badan.

Bawang putih memiliki kandungan yang dapat membantu menekan nafsu makan kita. Di samping itu, bawang ini akan membantu kita dalam memacu metabolisme sehingga kalori dalam tubuh akan dibakar dan hasilnya akan membantu menurunkan berat badan.

    Menyembuhkan penyakit kulit.

Bawang putih sudah terbukti memiliki khasiat anti radang, kerana mampu melawan infeksi dan bakteri. Bahan kimia ajoene yang ditemukan pada bawang putih dapat membantu menyembuhkan infeksi kulit akibat hama seperti kurap.

    Mengubati radang.

Bawang putih mengandung anti peradangan, bagi anda sedang demam dan mengalami radang tenggorokan, dengan mengunyah bawang ini akan melancarkan tenggorokan.

    Mengatasi keracunan.

Bawang putih mengandung Antidioksida yang mampu untuk membantu menyingkirkan racun yang ada didalam tubuh. Pertolongan pertama pada keracunan merkuri. Bawang putih sangat berguna untuk meringankan keracunan merkuri. Namun, itu semua hanya untuk pertolongan pertama saja, untuk selanjutnya segera lakukan perawatan intensif dari doktor.

    Meredakan nyilu.

Manfaat bawang putih yang lain adalah dipercaya dapat meredakan nyilu pada otot dengan cara menggosokannya ke bagian yang terasa nyilu. Terutama bagi anda penderita arthritis.

    Menyembuhkan luka.

Orang-orang zaman dahulu sering menggunakan bawang sebagai ubat tradisional dalam menyembuhkan luka-luka, dengan cara menaruh bawang yang sudah dihancurkan di atas luka tersebut dan dibalut dengan kain.

    Menghilangkan gatal kerana hama.

Dengan merendam bagian tubuh yang diserang hama kedalam air hangat yang sudah dicampur dengan cincangan bawang putih. Bermanfaat untuk menghilangkan rasa gatal yang diakibatkan oleh hama.

    Menyembuhkan sariawan.

Kandungan suplemen yang dimiliki bawang putih dapat membantu proses penyembuhan sariawan, dengan sifat alaminya yang anti inflamasi dapat membantu mengurangi rasa sakit dan pembengkakan akibat sariawan.

    Menyuburkan rambut.

Kandungan alicin yang tinggi yang ada pada bawang putih dipercaya dapat mengatasi masalah pada rambut gugur. Caranya adalah menggosokkan irisan bawang putih ke kulit kepala dan sapu hingga merata.

    Melindungi Jantung.

Bawang putih melindungi jantung kita dari penyakit seperti serangan jantung dan atherosclerosis. Khasiat perlindungan jantung ini dapat memberikan kontribusi pada banyak hal. Seiring dengan pertambahan usia, pembuluh arteri cenderung kehilangan kemampuan untuk meregang. Bawang putih membantu mencegah hal ini dan juga melindungi jantung dari efek merosak radikal bebas.

    Mengurangi Kolesterol.

Bawang putih memiliki khasiat untuk mengurangi kadar trigliserida dan kolesterol serta mengurangi pembentukan plak pada arteri.

    Melawan Alergi.

Bawang putih dikenal memiliki khasiat anti-inflamasi yang membantu tubuh melawan alergi. Kandungan anti-arthritic bawang putih berasal dari diallylsulphide dan thiacremonone. Bawang putih terbukti mengurangi alergi. Jus bawang putih mentah dapat digunakan untuk menyembuhkan gatal-gatal dengan cepat akibat ruam dan gigitan serangga.

    Mengubati Masalah Pernafasan

Mengamalkan bawang putih setiap hari dapat mengurangi frekuensi dan jumlah demam. Kandungan antibakteri bawang putih membantu mengobati radang tenggorokan. Bawang putih juga membantu infeksi saluran pernafasan. Khasiat yang diberikan bawang putih dalam menyembuhkan masalah paru-paru seperti asma, masalah pernafasan, dll, menjadikan bawang putih sebagai ubat yang sangat berharga. Khasiat bawang putih dalam ekspektorasi menjadikannya sebagai unsur yang tak tergantikan dalam pengubatan bronchitis kronis.

    Efektif Dalam Mengatasi Kutil dan Bisul.

Mengoleskan ekstrak bawang putih pada bisul dan kutil pada kaki atau tangan dapat membantu mengubatinya.

    Pencegahan Kancer

Mengamalkan bawang putih setiap hari terbukti dapat mengurangi risiko kancer jenis apapun. Kandungan anti-kancer bawang putih berasal dari allylsulphides yang terdapat pada bawang putih. PhIP, salah satu amino heterocyclic (HCA), disebut-sebut sebagai salah satu penyebab meningkatnya kancer payudara pada wanita. Menurut penelitian, diallylsulphide yang ditemukan pada bawang putih mencegah perubahan PhIP menjadi carcinogens.

    Sakit Gigi

Hanya dengan mengaplikasikan bawang putih yang ditumbuk pada gigi yang sakit dapat membantu mengurangi rasa sakit kerana kandungan antibakteri dan analgesic dari bawang putih. Namun ingatlah bahwa bawang putih dapat merosak gusi.

TIP MENCUCI USUS YANG KOTOR.

Tahukah anda bahwa panjang saluran pencernaan manusia 6 kali tinggi badan (± 10 meter) dalam jangka waktu panjang akan dikotori sisa makanan yang tidak terbuang yang rata–rata beratnya 3 – 11 kg, yang membusuk dan mengeluarkan zat–zat beracun di dalam usus kita. Zat racun /toxin ini terserap oleh usus dan menjadi sumber segala penyakit yang berbahaya.

Ibarat longkang air yang dipenuhi dengan lumut hijau, bahagian dalam usus kita juga akan penuh dengan tumpukan kotoran yang membuat saluran pencernaan tidak lancar jika tidak pernah dibersihkan.

Tahukah anda bagaimana  cara membersihkan usus yang kotor?

Cara terbaik untuk membersihkan usus besar secara alami adalah melalui makanan. Dengan pilihan makanan yang tepat, usus besar dapat dihapus dari racun  yang berpotensi merusak

Berikut ini beberapa makanan yang dapat membersihkan usus yang kotor:

1. Bawang putih
Bawang putih diketahui mematikan parasit dari usus. Ia memiliki kandungan antibakteri, yang menghambat pertumbuhan jamur dan virus. Bawang putih juga memiliki manfaat tambahan yang membantu meningkatkan perkembangan bakteri a baik di dalam usus.

2. Kelapa
Buah ini juga diketahui dapat membantu membunuh parasit dari saluran pencernaan. Minyak kelapa mengandung asam lemak rantai menengah (kaprilat, kaprat, dan asam laurat) yang merupakan kandungan antijamur, bermanfaat untuk mengobati infeksi jamur di organ sistem pencernaan.

3. Lidah buaya
Lidah buaya memiliki racun dan pembersih alami yang membantu usus mempertahankan fungsi pencernaan sehat. Lidah buaya juga memiliki pencahar alami, membuatnya bermanfaat bagi orang yang rentan terhadap sembelit karena mampu menghilangkan racun dan parasit dari usus secara efektif.

4 Serat dan probiotik
Untuk menjaga kesehatan sistem pencernaan, kita juga dianjurkan untuk memperbanyak konsumsi serat seperti buah, sayuran, kacang-kacangan, dan biji-bijian. Sementara probiotik penting dikonsumsi untuk mengembalikan keseimbangan bakteri baik dalam usus. Probiotik bisa didapat dari yoghurt dan miso.
5. Banyak minum air putih

Salah satu cara untuk membuang racun dalam tubuh adalah dengan minum banyak air putih. Dengan minum banyak air putih, minimal 8-10 gelas setiap hari akan menghindarkan tubuh dari dehidrasi selama proses pembersihan usus.

Monday, December 15, 2014

AL-QURAN...PERLU ADA TUJUH SYARAT UNTUK MEMBACANYA.

– Al Qur’an merupakan mukjizat sepanjang masa, yang kalau kita membacanya, selain akan mendapat ilmu pengetahuan yang luar biasa, juga kita akan mendapat pahala pada setiap huruf dan kalimatnya.

Ada sikap-sikap tertentu dari hati dan fikiran, guna disatu padukan secara mendalam pada jiwa yang sedar dan amal perbuatan, yang merupakan prasyarat-prasyarat penting untuk belajar  apapun yang bermanfaat dari Al Qur’an. Tujuh prasyarat utama membaca Al Qur’an :

1. Keimanan dan Keyakinan yang Kuat

Al Qur’an adalah firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, maka datanglah kepadanya dengan keimanan dan kepercayaan yang dalam dan kuat. Kerana ini adalah kitab Allah, anda harus ingat bahwa masing-masing kata untuk anda adalah oleh Allah. Ingatlah keagungan dan kemuliaan serta kekuasaan-Nya, nescaya anda akan merasakan perasaan kagum dan ketaatan serta kerinduan akan firman-firman-Nya.

2. Tujuan Membaca Al Qur’an

Tujuan membaca Al Qur’an tiada lain untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk mencari petunjuk-Nya. Anda seharusnya berpedoman pada Al Qur’an untuk petunjuk kehidupan anda dan hanya dari Al Qur’an lah anda dapatkan. Seorang yang mengharapkan kedamaian dari Al Qur’an pasti akan mendapatkannya

3. Menerima Kebenaran, Pengetahuan dan Petunjuk

Tanpa keraguan sedikitpun atau bersikap skeptis, terimalah setiap bahagian dari kebenaran, pengetahuan dan petunjuk yang Al Qur’an sampaikan kepadamu. Anda memiliki setiap hak untuk menyelidiki, merefleksikan dan memahami apa yang terkandung di dalamnya.

4. Kesiapan untuk Merubah Sikap dan Tingkah Laku

Milikilah ketetapan hati dan kesiapan untuk merubah dan membentuk sikap-sikap dan tingkah laku anda –lahir batin- sesuai dengan pengajaran-pengajaran yang anda jumpa dalam Al Qur’an.

5. Mencari Perlindungan Kepada Allah

Tetap ingat bahwa, kerana anda mulai membaca Al Qur’an, kemungkinan-kemungkinan dan kekuatan-kekuatan kemajuan anda adalah begitu besar sehingga syaitan, pada kesempatan ini, akan membuat usaha-usaha yang lebih besar untuk menjauhkan anda dari membuat kerja anda.

6. Rahmat Allah yang Tidak Terbatas

Sedarilah bahwa, hanya kerana telah menjadi rahmat Allah yang tidak terbatas yang telah membawa firman-firman-Nya untukmu dalam Kitab suci Al Qur’an, sehingga yang dapat hanyalah berkat rahmat-Nya yang membimbing anda kepada pahala penuh dari membacanya. Maka dekatilah Al Qur’an dengan kerendahan hati, dengan rasa ketergantungan sepenuhnya, dengan keyakinan pada-Nya dan dengan ketaatan kepada-Nya.

7. Puji Syukur yang Terus Menerus

Buatlah dirimu secara terus menerus bergetar dengan pujian yang bersemangat dan rasa terima kasih kepada Tuhanmu kerana telah memberkati Anda dengan pemberian-Nya yang terbesar. Semakin Anda bersyukur, Allah akan semakin memberi kamu kurniaan dari kandungan Al Qur’an.

Sunday, December 14, 2014

NUSYUZ...SEORANG ISTERI.

Nusyuz ertinya isteri enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antara lain: i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya; ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. Apabila seorang isteri itu telah nusyuz, perceraian bukannya satu-satu jalan keluar, cuba ikuti dahulu kaedah yang Islam syariatkan... Auzubillahiminasyaitanirrajim... Nusyuz adalah istilah agama. Asalnya diistilahkan kepada isteri yang tidak mentaati atau ingkar perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama. Namun, di dalam al-Quran, tindakan yang jelas telah disusun rapi sebagai panduan suami menangani masalah isteri yang nusyuz. Ia adalah panduan yang digariskan oleh Yang Maha Pencipta, iaitu Allah SWT sendiri. Tidak dinafikan ia juga adalah resolusi terbaik sekiranya dilaksanakan dengan cara atau langkah yang betul. Nasihat yang baik Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh suami apabila mereka mendapati isteri telah nusyuz (derhaka) ialah (dengan segera) memberikan nasihat yang baik kepada si isteri. Nasihat terbaik adalah dengan mengembalikan si isteri kepada Allah. Ingatkan mereka bahawa tindakannya itu telah menyakiti hati suami dan dikira derhaka serta yang paling penting dari semua itu adalah, telah dikenakan dosa oleh Allah SWT. Isteri yang baik (yang kenal serta beriman dengan Allah, tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan) terus akan terdidik dengan nasihat yang baik itu. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab suami apabila diijab-kabulkan ialah mempastikan isteri betul-betul kenal dengan Allah. Dunia hari ini menyaksikan ramai orang yang mengaku beriman tetapi tidak betul-betul kenal dengan Allah. Mereka lebih mengenali ibu ayah, sanak saudara hatta diri sendiri lebih daripada mengenali Allah. Padahal, pada diri mereka sendiri itu, tanda-tanda kewujudan, kekuasaan dan keagungan Allah. Nasihati isteri dengan sifat-sifat isteri Rasulullah, isteri para sahabat dan orang-orang soleh. Izinkan mereka berfikir dan membuat perbandingan sifat mereka berbanding dengan isteri orang-orang yang disebutkan tadi. Pandulah di mana-mana sekiranya mereka memerlukan. Isteri boleh dianggap anak murid pertama dan yang sentiasa mendapat prioriti pertama dalam segala hal. Ingatkan isteri bahawa dunia akhir zaman ini memang indah untuk dikejar. Kadang-kadang berlaku sehingga suami tertinggal jauh di belakang. Ingatkan mereka bahawa dalam peristiwa israk dan mikraj, nabi diperlihatkan isi neraka. Ramai penghuninya adalah golongan wanita. Ramai isteri orang. Suruh mereka cari penyebabnya dan kalau tak jumpa, maka di antara jawapannya adalah “isteri nusyuz…” Asingkan tempat tidur Tindakan kedua (selepas beberapa ketika isteri masih meneruskan perangai nusyuznya itu) ialah tidak tidur bersama mereka di tempat tidur khas untuk anda berdua selama ini. Dan anda berada di dalam rumah anda (yang sama). Jangan lupa untuk tidak bercakap kerana langkah pertama iaitu nasihat yang baik itu telah expired. Langkah kedua ini adalah lebih kepada perbuatan bukan percakapan. Isteri, kalau benar masih ada rasa hormat dan sayang pada suaminya, pasti akan terasa (kekurangan, hina) apabila sahaja si suami mengalihkan pandangan daripadanya. Inikan pula kalau sudah tidak ingin lagi tidur di sebelahnya. Mereka akan terfikir bahawa mereka sudah tidak ada nilai isteri lagi. Kerana semua peradaban baik mengetengahkan bahawa, tempat isteri adalah di sisi suami. Guru ana selalu sebut “isteri kita ini, sebab sayang sangat dengan suami dia, kalau ada seekor lalat yang hinggap pada pipi perempuan lain kemudian hinggap pula selepas itu ke pipi suaminya, maka sifat irihati terus sahaja akan bertandang ke dalam sanubarinya”. Sebab itulah, apabila seorang suami mengahwini isterinya, perkara kedua selepas mengenalkan dirinya dengan Allah adalah, mempastikan jatidiri isterinya. Berikan isteri itu nilai isteri. Salah satu nilai isteri adalah sentiasa bangga berada di samping suaminya. Biarlah kalau mereka nak cemburu dengan lalat sekalipun. Sifat cemburu (bertempat) itulah yang utama menjadi jatidiri. Orang kata, bila ada sifat cemburu, di saat itulah timbulnya rasa sayang. Memukulnya dengan pukulan mendidik Jangan anda fobia dengan perkataan pukulan. Dalam Islam memang Allah ajar. Anak kalau umur 10 tahun juga masih liat (tak nak) solat, pukul. Kalau tak pukul, anda akan hadapi masalah. Kerana ajaran pukul ini adalah daripada Allah. Macam kereta mercedes yang pakai petrol jugalah, kalau dibubuh air memang pasti jahanam. Sebab tuan yang buat dia kata macam tu. Kalau tuan yang buat manusia itu Allah, dan di ajar kita tak dengar maka, kita akan ke jahanam juga. Sedangkan jahanam yang Allah sediakan itu teramat lebih darjah kedahsyataan dan siksaannya. Pukul isteri. Allah tegaskan, dengan pukulan yang tidak mencederakan. Iaitu pukulan mendidik. Sebab itulah, selepas ajaran kedua (mempastikan jatidiri isteri) yang perlu disematkan oleh si suami di malam pertamanya tadi, maka perlu ajaran ketiga iaitu beritahu mereka apakah tindakan yang suami akan lakukan kalau didapati isteri itu dan ini. Jangan lupa beritahu isteri juga bahawa, kalau suami dah mulakan step menangani nusyuz, maknanya nafkah (zahir batin) pun turut akan ter’stop’ sama. Jangan anda masih terfikir bahawa nafkah batin itu adalah seks. Ana minta maaf kerana tafsiran itu telah lapok dan agak ketinggalan zaman. Seks adalah nafkah zahir. Sebab ia menggunakan benda zahir yang nampak. Sebaliknya nafkah batin itu adalah kasih sayang, perhatian, perasaan dan sebagainya yang melibatkan hati yang memang tak nampak. Sebab apa-apa yang batin itu diistilahkan kepada perkara yang tak nampak. Kalau anda pernah dilatih oleh seorang komander askar, anda tahulah apa itu nafkah batin. Memang semasa latihan, jangan harap tindakan mereka ada hati perut lah. Jangankan kesian, kalau mereka melihat anda dengan pandangan manusia pun sudah besar ertinya. Kerana biasanya mereka akan lihat anda dengan pandangan harimau, singa malah ada sesetengahnya itu dengan pandangan makhluk asing. Kalau isteri baik Sukacita diulangi. Kalaun isteri anda baik. Apabila sahaja anda mulakan kuliah agama padanya, dia dah mula sedar. First time mereka pasti menangis. Kalau dah banyak kali, susah dah nak menangis, tetapi suara akan berubah. Muka tunduk. Insaf. Terutama apabila dengar al-Quran yang ditafsirkan (diulang tafsir) oleh suaminya sendiri. Saidina Umar al-Khattab pun cair dengar al-Quran, inikan pula seorang perempuan yang berstatuskan isteri. Sebaliknya Sekiranya anda sebagai seorang suami, tidak faham apakah yang sedang ana perkatakan ini, maknanya anda belum layak jadi suami. Anda perlu banyak belajar lagi. Anda perlu insaf terlebih dahulu kenapa anda bergelar suami belum tiba masanya. Begitu juga, kalau anda seorang suami dan anda memahami apa yang sedang dibincangkan ini, maknanya anda tidak benar-benar melakukan langkah-langkah yang Allah gariskan ini dengan tepat ramuan dan cara-caranya. Anda juga perlu insafi diri terlebih dahulu kerana anda adalah orang yang tergesa-tergesa. Kalau di jalanraya, orang potong Q pun ada marah, inikan pula anda yang sudah bergelar suami kepada seorang isteri. Dan kalau anda hanya mengetahui resepi Allah ini, tetapi belum pernah mencubanya walaupun dah beberapa kali timbul masalah nusyuz. Jangan harap ianya akan berkesan kalau anda baru nak mula belajar guna resepi tuhan ini. Sebaliknya anda perlu bertaubat kerana selama ini anda hanya banyak gunakan teori dan buah fikiran sendiri. Anda tidak sedar dan kenal diri anda siapa kepada Pencipta anda iaitu Allah. Oleh itu walau di mana letak diri anda, mulakanlah dari langkah yang pertama apabila ingin selesaikan masalah nusyuz. Kalau setelah 10 tahun berkahwin, anda belum kenalkan diri isteri kepada Allah, mula perkenalkanlah. Begitulah step-step yang seterusnya. Sabarlah kerana anda sebenarnya telah terlewat. Ini mungkin petanda Allah sayangkan diri anda, kerana Dia menginsafkan anda di dunia sebelum akhirat. Kesimpulan Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua. Sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan (maaf ana tidak ada pengalaman dan tidak ingin pengalaman itu insyaAllah) kerana isteri anda memang selayaknya ditinggalkan (sekiranya dia masih, masih dan masih meneruskan sifat nusyuznya itu)

CIRI-CIRI SUAMI DAYUS.

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram. 8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali. 9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna. 10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya. 11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan. 12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita. 13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu. 14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Saturday, December 13, 2014

BAHAYA RUMPUT MEXICO!

Rumput Miang Mexico atau (Parthenium hysterophorus) merupakan sejenis rumput yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumput ini telah digelar sebagai “World Worst Weed” atau dalam bahasa kita “RUMPUT PALING TERUK” kerana menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman.
rumput mexico

Herbarium Rumput Miang Mexico

Dari segi marfologi, Rumput Miang Mexico ini adalah kelihatan sepeti pokok ULAM RAJA. Pada peringkat muda sebelum ia berbunga, lazimnya pokok akan berbentuk rozet dengan panjang daun boleh mencecah sehingga 30 cm. Bilangan daun bagi setiap pokok boleh mencapai sehingga 55 helai.

Dalam kebanyakan kawasan yang telah ada rumput www ini, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 – 2.0 meter danam keadaan tumbuh menegak. Batangnya selalu bercabang dengan diselaputi oleh bulu-bulu halus (trikomes) yang menyebabkan miang atau gatal-gatal. Bunganya adalah berwarna putih dengan seakan berkrim dan mempunyai diameter sekitar 4-6 mm.
rumput mexico 2

rumput mexico

Ramai dikalangan suri rumah yang kali pertama melihatnya akan berkenan untuk menanamnya. Bagi mereka yang tidak tahun akan ‘miangnya’ rumpai ini mungkin hanya menyesal apabila sudah kena tindakbalas allergi miang. Antara ciri biji benih adalah bentuknya sebagai ‘Baji’ dengan benih matang berwarna coklat kehitaman yang berukuran 2 mm. Lazimnya kajian menunjukkan satu pokok yang sihat mampu untuk menghasilkan sebanyak 100,000 biji dalam masa 3-4 bulan sahaja.
kesan rumput mexico

Kesan Alahan Akibat rumput miang mexico

Rumput Miang Mexico bermakna ia memang menyebabkan tindakbalas atau ‘allergy’ kepada manusia dan haiwan dengan teruk. Apabila terkena dengan rumput ini maka kesannya ia boleh menyebabkan kepada kesan demam, photodermatitis (sakit pada kulit), asma (semput), ruam pada kulit, kulit mengelupas, mata menjadi bengkak dan memang akan menyebabkan gatal-gatal pada mulut dan juga hidung.  Dalam keadaan lain kesan alahan rumput miang Mexico ini menyebabkan batuk yang berterusan, selsema dan juga menyebabkan penyakit Ekzema. Seterusnya tindakbalas terhadap haiwan pula seperti menyebabkan masaalah Anoreksia, Pruritus, Alopecia, Dermatitis dan juga cirit birit pada haiwan. Dalam beberapa kes, kesan haiwan yang memakan rumput ini boleh menyebabkan terjejas kualiti daging dan susu ternakan kerana ia dikatakan boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Kalau begitu memang sesuai rumput ini digelar ‘world worst weed – www’ berdasarkan keterangan tersebut diatas.





DAJJAL DAN SYIRIK...MANA YANG LEBIH DITAKUTI?

Dajjal adalah fitnah yang besar bagi manusia di akhir zaman, tidak terkecuali bagi umat Islam. Dengan kemampuan dan kekuatannya yang aneh, banyak manusia akan menjadi pengikutnya.

Dari hadits-hadits shahih yang menerangkan tentang Dajjal, disebutkan bahwa Dajjal boleh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain secara cepat. Dajjal boleh memanggil syaitan agar menyerupai orang yang telah meninggal untuk bertemu dengan anaknya agar mengakui Dajjal sebagai Tuhan. Dajjal juga boleh ‘mendatangkan’ hujan dan memerintahkan benda mati menuruti keinginannya. Banyak orang yang tertipu dengan kehebatan Dajjal. Kerananya, Rasulullah mengkhuatiarkan umatnya atas fitnah Dajjal ini.

Namun, ada hal yang lebih dikhuatirkan Rasulullah atas umatnya daripada fitnah Dajjal. Apa itu? Abu Sa’id Al Khudri meriwayatkan:
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ فَقَالَ أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِى مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. قَالَ قُلْنَا بَلَى. فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِىُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّى فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi kami sedangkan kami masih membicarakan al Masih ad Dajjal. Maka beliau bersabda, ‘Maukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku khuatirkan atas kalian daripada al Masih ad Dajjal?’ Kami menjawab, ‘Mau, ya Rasulallah.’ Beliau bersabda, ‘Syirik khafi. Yakni seseorang mendirikan shalat, lalu dia memperindah shalatnya karena merasa ada orang yang melihat shalatnya.’” (HR. Ibnu Majah; shahih)

Inilah hal yang lebih dikhawatirkan Rasulullah menimpa umatnya daripada datangnya Dajjal. Syirik khafi. Syirik yang samar. Begitu samar hingga ada orang tidak menyedari bahwa dirinya telah berbuat demikian. Salah satu contohnya adalah memperindah shalat kerana merasa dilihat orang.

Pada surat Al Ma’un disebutkan bahwa ada orang yang menunaikan shalat tapi celaka. Yakni orang yang lalai dalam shalatnya. Diantara bentuk kelalaian itu adalah ia melalaikan Allah, tetapi dalam masa yang sama memikirkan ada orang yang melihat shalatnya. Ia tidak ingat Allah, tetapi ingat betul terhadap manusia yang melihat dirinya.

Seberapapun bahaya Dajjal, ia kelihatan dan dapat diketahui tanda-tandanya secara fizik. Namun soal syirik khafi ini, ia begitu halus sehingga orang yang tengah shalat pun boleh terkena.

Seberapapun bahaya Dajjal, ia tidak boleh memasuki Makkah dan Madinah. Namun soal syirik khafi ini, ia boleh menimpa muslim mana pun termasuk yang tinggal di Makkah dan Madinah.

Mari kita berdoa semoga dilindungi Allah dari seluruh syirik, baik syirik yang terang-terangan (syirik jali) maupun syirik yang samar-samar (syirik khafi):
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لا أَعْلَمُ

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik yang kuketahui dan aku memohon ampun kepada-Mu dari dosa syirik yang tidak kuketahui”.

Wallahu a’lam bish shawab.

Thursday, December 11, 2014

KEBAIKKAN BUAH SRIKAYA ATAU NONA..MERAWAT KANSER.


Sejumlah ilmuwan atau pakar pengkaji membuat keputusan buah srikaya atau buah nona 10.000 kali lebih baik dari ubat kimia dalam mengatasi penyakit kanser.

Sebagaimana diberitakan Islam Memo (11/12/2014), sebuah syarikat perubatan telah melakukan pengujian manfaat buah srikaya di laboratoriumnya sejak tahun 1970.

Hasilnya menakjubkan di mana buah srikaya mampu memperlambat pertumbuhan sel kanser 10.000 kali ganda dibandingkan perubatan kemoterapi yang dipraktikkan dunia medik selama ini.

Disebutkan, buah srikaya efektif mematikan sel-sel jahat yang menjadi punca bakal 12 jenis kanser yang mematikan, antara lain kanser payudara, kanser usus besar, kanser pankreas, kanser paru-paru, dan kanser prostat.

Perubatan dengan buah srikaya tidak memiliki kesan sampingan yang membahayakan sebagaimana kemoterapi yang juga mematikan sel-sel tubuh yang 
baik. (share dari dakwatuna).









SUAMI ISTERI...SEJAUH MANA HUBUNGAN INTIM..BERSAMA PROF.DR YUSOF AL-QORDHAWI.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pertanyaan:

Sebagaimana diketahui, bahwa seorang Muslim tidak boleh malu untuk menanyakan apa saja yang berkaitan dengan hukum agama, baik yang bersifat umum maupun pribadi. Oleh kerana itu, izinkanlah kami mengajukan suatu pertanyaan mengenai hubungan seksual antara suami-istri yang berdasarkan agama, yaitu jika si istri menolak ajakan suaminya dengan alasan yang dianggap tidak tepat atau tidak berdasar. Apakah ada penetapan dan batas-batas tertentu mengenai hal ini, serta apakah ada petunjuk-petunjuk yang berdasarkan syariat Islam untuMk mengatur hubungan kedua pasangan, terutama dalam masalah seksual tersebut?

Jawab:

Benar, kita tidak boleh bersikap malu dalam memahami ilmu agama, untuk menanyakan sesuatu hal. Aisyah r.a. telah memuji wanita Anshar, bahwa mereka tidak dihalangi sifat malu untuk menanyakan ilmu agama. Walaupun dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan haid, nifas, janabat, dan lain-lainnya, di hadapan umum ketika di masjid, yang biasanya dihadiri oleh orang banyak dan di saat para ulama mengajarkan masalah-masalah wudhu, najasah (macam-macam najis), mandi janabat, dan sebagainya.

Hal serupa juga terjadi di tempat-tempat pengajian Al-Qur'an dan hadis yang ada hubungannya dengan masalah tersebut, yang bagi para ulama tidak ada jalan lain, kecuali dengan cara menerangkan secara jelas mengenai hukum-hukum Allah dan Sunnah Nabi saw. dengan cara yang tidak mengurangi kehormatan agama, kehebatan masjid dan kewibawaan para ulama. Hal itu sesuai dengan apa yang dihimbau oleh ahli-ahli pendidikan pada saat ini. Yakni, masalah hubungan ini, agar diungkapkan secara jelas kepada para pelajar, tanpa ditutupi atau dibesar-besarkan, agar dapat dipahami oleh mereka.

Sebenarnya, masalah hubungan antara suami-istri itu pengaruhnya amat besar bagi kehidupan mereka, maka hendaknya memperhatikan dan menghindari hal-hal yang dapat menyebabkan kesalahan dan kerusakan terhadap kelangsungan hubungan suami-istri. Kesalahan yang bertumpuk dapat mengakibatkan kehancuran bagi kehidupan keluarganya.

Agama Islam dengan nyata tidak mengabaikan segi-segi dari kehidupan manusia dan kehidupan berkeluarga, yang telah diterangkan tentang perintah dan larangannya. Semua telah tercantum dalam ajaran-ajaran Islam, misalnya mengenai akhlak, tabiat, suluk, dan sebagainya. Tidak ada satu hal pun yang diabaikan (dilalaikan).

1. Islam telah menetapkan pengakuan bagi fitrah manusia dan dorongannya akan seksual, serta ditentangnya tindakan ekstrim yang condong menganggap hal itu kotor. Oleh kerana itu, Islam melarang bagi orang yang hendak menghilangkan dan memfungsikannya dengan cara menentang orang yang berkehendak untuk selamanya menjadi bujang dan meninggalkan sunnah Nabi saw, yaitu menikah. Nabi saw. telah menyatakan sebagai berikut: "Aku lebih mengenal Allah daripada kamu dan aku lebih khusyu, kepada Allah daripada kamu, tetapi aku bangun malam, tidur, berpuasa, tidak berpuasa dan menikahi wanita. Maka, barangsiapa yang tidak senang (mengakui) sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku."

2. Islam telah menerangkan atas hal-hal kedua pasangan setelah pernikahan, mengenai hubungannya dengan cara menerima dorongan akan masalah-masalah seksual, bahkan mengerjakannya dianggap suatu ibadat. Sebagaimana keterangan Nabi saw.: "Di kemaluan kamu ada sedekah (pahala)." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah ketika kami bersetubuh dengan istri akan mendapat pahala?" Rasulullah saw. menjawab, "Ya. Andaikata bersetubuh pada tempat yang dilarang (diharamkan) itu berdosa. Begitu juga dilakukan pada tempat yang halal, pasti mendapat pahala. Kamu hanya menghitung hal-hal yang buruk saja, akan tetapi tidak menghitung hal-hal yang baik."

Berdasarkan tabiat dan fitrah, biasanya pihak laki-laki yang lebih agresif, tidak memiliki kesabaran dan kurang dapat menahan diri. Sebaliknya wanita itu bersikap pemalu dan dapat menahan diri. Kerananya diharuskan bagi wanita menerima dan menaati panggilan suami. Sebagaimana dijelaskan dalam hadis: "Jika si istri dipanggil oleh suaminya kerana perlu, maka supaya segera datang, walaupun dia sedang masak." (H.r.Tirmidzi, dan dikatakan hadis Hasan).

Dianjurkan oleh Nabi saw. supaya si isteri jangan sampai menolak kehendak suaminya tanpa alasan, yang dapat menimbulkan kemarahan atau menyebabkannya menyimpang ke jalan yang tidak baik, atau membuatnya gelisah dan tegang. Nabi saw. telah bersabda: "Jika suami mengajak tidur si isteri lalu dia menolak,

kemudian suaminya marah kepadanya, maka malaikat akan melaknat dia sampai pagi." (H.r. Muttafaq Alaih).

Keadaan yang demikian itu jika dilakukan tanpa uzur dan alasan yang masuk akal, misalnya sakit, letih, berhalangan, atau hal-hal yang layak. Bagi suami, supaya menjaga hal itu, menerima alasan tersebut, dan sadar bahwa Allah swt. adalah Tuhan bagi hamba-hambaNya Yang Maha Pemberi Rezeki dan Hidayat, dengan menerima uzur hambaNya. Dan hendaknya hambaNya juga menerima uzur tersebut. Selanjutnya, Islam telah melarang bagi seorang istri yang berpuasa sunnah tanpa seizin suaminya, kerana baginya lebih diutamakan untuk memelihara haknya daripada mendapat pahala puasa.

Nabi saw. bersabda: "Dilarang bagi si istri (puasa sunnah) sedangkan suaminya ada, kecuali dengan izinnya." (H.r. Muttafaq Alaih).

Disamping dipeliharanya hak kaum laki-laki (suami) dalam Islam, tidak lupa hak wanita (istri) juga harus dipelihara dalam segala hal. Nabi saw. menyatakan kepada laki-laki (suami) yang terus-menerus puasa dan bangun malam.

Beliau bersabda: "Sesungguhnya bagi jasadmu ada hak dan hagi keluargamu (istrimu) ada hak."

Abu Hamid Al-Ghazali, ahli fiqih dan tasawuf? dalam kitab Ihya' mengenai adab bersetubuh, beliau berkata: "Disunnahkan memulainya dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim dan berdoa, sebagaimana Nabi saw. mengatakan: "Ya Allah,jauhkanlah aku dan setan dan jauhkanlah setan dari apa yang Engkau berikan kepadaku'."

Rasulullah saw. melanjutkan sabdanya, "Jika mendapat anak, maka tidak akan diganggu oleh setan."

Al-Ghazali berkata, "Dalam suasana ini (akan bersetubuh) hendaknya didahului dengan kata-kata manis, bermesra-mesraan dan sebagainya; dan menutup diri mereka dengan selimut,jangan telanjang menyerupai binatang. Sang suami harus memelihara suasana dan menyesuaikan diri, sehingga kedua pasangan sama-sama dapat menikmati dan merasa puas."

Berkata Al-Imam Abu Abdullah Ibnul Qayyim dalam kitabnya Zaadul Ma'aad Fie Haadii Khainrul 'Ibaad, mengenai sunnah Nabi saw. dan keterangannya dalam cara bersetubuh.

Selanjutnya Ibnul Qayyim berkata: Tujuan utama dari jimak (bersetubuh) itu ialah:

1. Dipeliharanya nasab (keturunan), sehingga mencapai jumlah yang ditetapkan menurut takdir Allah.

2. Mengeluarkan air yang dapat mengganggu kesehatan badan jika ditahan terus.

3. Mencapai maksud dan merasakan kenikmatan, sebagaimana kelak di surga.

Ditambah lagi mengenai manfaatnya, yaitu: Menundukkan pandangan, menahan nafsu, menguatkan jiwa dan agar tidak berbuat serong bagi kedua pasangan. Nabi saw. telah menyatakan:"Yang aku cintai di antara duniamu adalah wanita dan wewangian."

Selanjutnya Nabi saw. bersabda: "Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu melaksanakan pernikahan, maka hendaknya menikah. Sesungguhnya hal itu menundukkan penglihatan dan memelihara kemaluan."

Kemudian Ibnul Qayyim berkata, "Sebaiknya sebelum bersetubuh hendaknya diajak bersenda-gurau dan menciumnya, sebagaimana Rasulullah saw. melakukannya."

Ini semua menunjukkan bahwa para ulama dalam usaha mencari jalan baik tidak bersifat konservatif, bahkan tidak kalah kemajuannya daripada penemuan-penemuan atau pendapat masa kini.

Yang dapat disimpulkan di sini adalah bahwa sesungguhnya Islam telah mengenal hubungan seksual diantara kedua pasangan, suami istri, yang telah diterangkan dalam Al-Qur'anul Karim pada Surat Al-Baqarah, yang ada hubungannya dengan peraturan keluarga.

Firman Allah swt.: "Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu,dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka

sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).

Tidak ada kata yang lebih indah, serta lebih benar, mengenai hubungan antara suami-istri, kecuali yang telah disebutkan, yaitu: "Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka." (Q.s. Al-Baqarah 187).

Pada ayat lain juga diterangkan, yaitu: "Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu

menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu dengan cara bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan takwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemuiNya. Dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang beriman." (Q.s.Al-Baqarah: 222-223).

Maka, semua hadis yang menafsirkan bahwa dijauhinya yang disebut pada ayat di atas, hanya masalah persetubuhan saja. Selain itu, apa saja yang dapat dilakukan, tidak dilarang. Pada ayat di atas disebutkan: "Maka, datangilah tanah tempat bercocok tanammu dengan cara bagaimanapun kamu kehendaki." (Q.s. Al-Baqarah: 223).
Tidak ada suatu perhatian yang melebihi daripada disebutnya masalah dan undang-undang atau peraturannya dalam Al-Qur'anul Karim secara langsung, sebagaimana diterangkan di atas.

Tuesday, December 9, 2014

CINTASUAMIISTERI: MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI.

CINTASUAMIISTERI: MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI.

IBU...SABARLAH KERANA SETIAP UJIAN ADA HIKMAHNYA!

IBU USAH BERSEDIH....

Hidup kita semuanya sementara.Dilahirkan kedunia hanya untuk diuji siapakah yang lebih baik ketaatan dan ketaqwaanya kepada Allah sang pencipta.
IBU...
Engkau beruntung masih punya ayah(suami)sebagai peneman dan peghibur dikala sunyi dan berduka.Engkau juga beruntung kerana dianugerahkan anak-anak yang ramai,walaupun mereka berjauhan darimu.
Walau berjauhan anak-anak tetap balik menjengukmu dan ayah.Hilang segala duka lara,gundah gulana yang berkunjung dihatimu.
IBU...
Engkau masih bisa tersenyum lebar bila putera dan puterimu pulang dengan hadiah walaupun tak seberapa harganya.Engkau sambut dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang.
IBU...
Aku tahu disaat ini dipenghujung usiamu engkau pasti mahu semua anak-anak berada disekelilingmu.Boleh sama-sama bergelak tawa,boleh sama-sama menjamah makanan yang engkau selalu masak untuk kami.Mampu keluar jalan-jalan bersama walaupun kakimu tak sekuat dan segagah dulu.
IBU...
Sesungguhnya engkau beruntung memiliki segala-galanya.Sebagai anakmu aku cemburu denganmu.Engkau telah dianugerakan Allah segala-galanya.
Engkau punya suami yang amat baik kepadamu,penyayang,penyabar,rajin dan yang paling penting dia kuat beribadat.Punya ilmu yang tinggi disegani kawan dan lawan.
Tapi ibu semua itu tidak ada padaku anakmu.Aku tak punya anak sepertimu untuk ku belai mereka.Aku tak punya siapa-siapa melainkan seorang suami yang dianugerahkan Allah sebagai peneman hidupku.
Kadang-kadang ketika pulang bercuti aku am at cemburu melihat kakak dan adik-adik yang punya anak.
IBU...
Sebenarnya aku tak kisah semua itu sekarang kerana aku tahu setiap manusia telah ditentukan segala-galanya oleh sang pencipta.Dia maha tahu apa yang ditentukan keatas setiap makhluk ciptaanya.
Sekarang apa yang aku amat sedih bila engkau selalu mengadu bahawa engkau amat sunyi.Sunyi walaupun ayah masih setia disisimu.Bersabarlah ibu .
IBU...
Aku tahu ibu sunyi kerana beberapa sebab.Sebab yang paling kuat kerana sihir yang masih menghantui keluarga kita.Ibu sering meluahkan rasa takut yang amat sangat ketika ayah ke masjid.
Bersabarlah ibu akan tiba masanya.Sama-sama kita panjatkan doa moga pertolongan Allah semakin dekat dengan kita. Sesungguhnya Dia maha mendengar setiap rintihan hambaNya yang terinaya.
IBU....
Aku sering panjatkan doa moga Allah beri kita ketabahan dan kesabaran sebagaimana sabarnya Nabi Ayyub.Moga Allah keluarkan kita dari ujian ini sebagaimana Allah keluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
IBU...
Sabarlah...Allah pasti bersama orang yang sabar.Panjatkan doa disetiap kali sujud"ya Allah jangan biar aku takut melainkan kepadaMu".
IBU.....SABARLAH!




Saturday, December 6, 2014

SUAMI...HARGAILAH DIA KERANA SYURGA KAMU ADA PADA KEREDHOANNYA!

Siapapun suami kita dia adalah ketentuan dan ketetapan Allah untuk kita.Suka atau tidak belajarlah untuk menyintai dia seperti kehendak Allah dan Rasulallah.Suami dialah segala-segalanya dalam hidup kita sebagai seorang isteri.
 Kaya miskin,tampan atau tidak semuanya sudah ditentukan sejak azali lagi.Belajarlah untuk menjadi isteri yang terbaik kerana sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah isteri yang solehah.

Syurga isteri terletak ditapak kaki suami.Memang sukar dan payah untuk menjadi yang terbaik.Sebagai insan yang lemah kita perlu berusaha untuk mendapatkanya.Carilah ilmu kerana hanya dengannya kita boleh menjadi seorang isteri yang didambakan oleh seorang lelaki.

Bantulah diri sendiri kerana dengan adanya ilmu banyak manfaat yang kita akan dapat.Melalui ilmu kita akan tahu mana satu wajib mana satu harus dalam mentaatinya.

Islam datang untuk mengangkat taraf dan kedudukan kita sebagai seorang wanita,isteri,ibu dan anak.Cukuplah dengan kelebihan yang Allah beri dan baginda Nabi bawa akan memasukkan kita ke dalam syurga Allah.

Hanya dengan mengamalkan empat perkara kita layak memasuki mana-mana pintu syurga Allah.Solat,puasa,taat pada suami dan jaga kehormatan diri sudah melayakkan kita menjadi penghuni syurga.

Sebagai seorang isteri jagalah empat perkara ini dan yakinlah dengan janji Allah bahawa segala susah payah kita ada ganjarannya.







Friday, December 5, 2014

SUAMI ISTERI...JANGAN DIUNGKAP TIGA PERKARA INI KEPADA PASANGAN KAMU!

Kehidupan suami isteri dalam sebuah keluarga bukanlah kehidupan surga yang hanya berisi kenikmatan dan suka cita. Seromantis apapun suami isteri, sesakinah apapun keluarga, suatu saat pasti ada masalahnya. Kadang suami isteri berselisih dalam satu hal, atau ‘bertengkar’.

Perselisihan atau ‘pertengkaran’ yang sesekali terjadi pada suami isteri bukanlah hal yang fatal. Sepanjang bisa mengendalikan diri dan mengontrol kata-kata. Nah, agar perselisihan atau ‘pertengkaran’ tidak berkepanjangan, tidak membawa luka mendalam serta tidak merusak hubungan cinta dan kasih sayang, suami isteri perlu menghindari tiga ucapan ini:
Ancaman

Suami isteri harus menghindari kata-kata yang bernada ancaman. Sebab ancaman hanya makin menambah kemarahan pasangan hidup kita dan masalah berkepanjangan. Kalaupun ancaman meredakan masalah secara temporeri, ia membekaskan kekhawatiran di jiwa pasangan hidup kita.

Kata-kata seperti “Awas, kalau kamu tidak berubah, aku akan pergi dari rumah ini” atau “Jika kamu mengulangi hal itu lagi, aku akan mengusirmu dari rumah ini” harus dihindari. Betapa banyaknya keluarga yang berantakan setelah suami mengeluarkan ancaman semacam ini, kemudian isterinya menjawabnya dengan ancaman pula. “Oke, kalau begitu aku akan pulang ke rumah orangtuaku.”

Yang lebih berbahaya, jika suami mengancam dengan menggunakan kata “cerai.” Seperti kalimat: “Kalau begini caranya, aku akan menceraikanmu.”

Rasulullah mengingatkan tentang kata-kata cerai ini.
ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

“Tiga perkara yang serius dan bercandanya sama-sama dianggap serius, yakni nikah, talak dan rujuk” (HR. Abu Daud)

Imam Nawawi menjelaskan, “Orang yang mentalak dalam keadaan ridha, marah, serius maupun bercanda, talaknya tetap jatuh”
Ungkapan kebencian

Meskipun sedang marah atau ‘bertengkar’ dengan pasangan, hindari kata-kata “Aku benci kamu.” Sebab, disedari atau tidak, kata-kata ungkapan kebencian ini bisa sangat membekas di hati pasangan hidup, khususnya ketika diucapkan oleh seorang suami kepada isterinya. Sang isteri akan merasa bahwa suaminya sudah tak lagi mencintainya. Dan ini berbahaya bagi kehidupan pernikahannya.

Bahkan, bekas sayatan hati karena ungkapan benci ini akan terus terbawa dalam benak isteri meskipun kemarahan sudah mereda, pertengkaran sudah selesai, dan permalasahan sudah teratasi. Salah satu tandanya, ketika ada hal yang tak diinginkan dari suami, isteri teringat kembali akan kata-kata itu. Para suami perlu menyadari bahwa wanita adalah makhluk perasa. Sensitif perasaannya.
“Selalu” dan “Tidak Pernah”

Kata-kata ini juga perlu dihindari. “Selalu” dan “tidak pernah.” Misalnya ketika suami isteri bertengkar gara-gara anaknya yang masih  terlambat kesekolah. “Ini gara-gara kamu, kamu selalu terlambat menyiapkan sarapan,” kata suami. Padahal, dalam satu mimggu atau satu bulan, baru kali itu sang isteri terlambat menyiapkan sarapan. Itu pun karena dirinya tidak sehat.

Sedangkan penggunaan kata “tidak pernah” umumnya lebih sering dipakai wanita. Ketika marah kepada suaminya, ia mengatakan “Engkau tidak pernah membahagiakanku”, “Kau tidak pernah memberiku nafkah yang layak” dan seterusnya.

Kata-kata “tidak pernah” ini merupakan bentuk pengingkaran atas kebaikan pasangan hidup kita. Dan karena ini banyak digunakan wanita, inilah yang menyebabkan kebanyakan penghuni neraka adalah wanita. Sebagaimana sabda Rasulullah:
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ

“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari itu. Aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya, “Mengapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.” Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) niscaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikan darimu’.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 4, 2014

MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI.

Bahagia rasanya saat akad nikah terucap, saat semarak walimatul ‘urs menggema, saat tali pernikahan terikat. Saat itu telah halal cinta dua orang insan, saling mengisi dan saling melengkapi setiap harinya. Saat itu pula masing-masing pasangan akan memiliki tugas dan kewajiban baru dalam kehidupan mereka. Sang suami memiliki hak yang harus ditunaikan isterinya, dan sang isteripun mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh suaminya. Alangkah bahagianya jika masing-masing secara seimbang senantiasa berupaya menunaikan kewajibannya.

Duhai saudariku muslimah, kini aku bertanya padamu… bukankah indah rasanya jika seorang isteri mematuhi suaminya, kemudian ia senantiasa menjadi penyejuk mata bagi suaminya, menjaga lisan dari menyebarkan rahasia suaminya, lalu menjaga harta dan anak-anak suami ketika ia pergi? Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidak ada perkara yang lebih bagus bagi seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah daripada isteri yang shalihah, bila ia menyuruhnya maka ia menaatinya, bila memandangnya membuat hati senang, bila bersumpah (agar isterinya melakukan sesuatu), maka ia melakukannya dengan baik, dan bila ia pergi maka ia dengan tulus menjaga diri dan hartanya.” (HR. Ibnu Majah)

Sehingga… kehidupan rumah tangga pun akan berjalan penuh dengan kemesraan dan kebahagiaan. Yang satu menjadi tempat berbagi bagi yang lain, saling menasehati dalam ketakwaan, dan saling menetapi dalam kesabaran.

Saudariku muslimah… tulisan tentang kewajiban isteri dalam mematuhi perintah suami telah banyak dibahas. Maka kini penulis akan mencoba mengetengahkan hal-hal apa saja yang tidak boleh dipatuhi oleh seorang isteri di saat suaminya memerintah.

Ini Saatnya Mematuhi Perintah Suami

Diantara ciri seorang isteri sholihah adalah mematuhi perintah suaminya. Yang dimaksud mematuhi perintah adalah mematuhi dalam hal yang mubah dan disyari’atkan. Jika dalam perkara yang disyari’atkan, tentu hal ini tidak perlu dipertanyakan lagi hukumnya, karena perkara yang demikian adalah hal-hal yang Allah perintahkan kepada para hamba-Nya, seperti kewajiban sholat, berpuasa di bulan Ramadhan, memakai jilbab, dan lain-lain. Maka untuk hal ini, seorang hamba tidak boleh meninggalkannya karena meninggalkan perintah Allah Ta’ala adalah sebuah dosa. Sedangkan dalam perkara yang mubah, jika suami memerintahkan kita untuk melakukannya maka kita harus melaksanakannya sebagai bentuk ketaatan kepada suami. Contohnya suami menyuruh sang istri rajin membersihkan rumah, berusaha mengatur keuangan keluarga dengan baik, selalu bangun tidur awal waktu, membantu pekerjaan suami, dan hal-hal lain yang diperbolehkan dalam syari’at Islam.

Ada Saatnya Menolak Perintah Suami

Jika dalam hal yang disyari’atkan dan yang mubah kita wajib mematuhi suami, maka lain halnya jika suami menyuruh kepada istri untuk melakukan kemaksiatan dan menerjang aturan-aturan Allah. Untuk yang satu ini kita tidak boleh mematuhinya meskipun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, “Kalau sekiranya aku (boleh) memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang lain maka akan aku perintahkan seorang wanita untuk sujud kepada suaminya.” (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Kita tidak boleh tunduk pada suami yang memerintah kepada kemaksiatan meskipun hati kita begitu cinta dan sayangnya kepada suami. Jika kewajiban patuh pada suami sangatlah besar, maka apalagi kewajiban mematuhi Allah, tentu lebih besar lagi. Allahlah yang menciptakan kita dan suami kita, kemudian mengikat tali cinta diantara sang istri dan suaminya. Namun perlu diketahui, bukan berarti kita harus marah-marah dan bersikap keras kepada suami jika ia memerintahkan suatu kemaksiatan kepada kita, tetapi cobalah untuk menasehatinya dan berbicara dengan lemah lembut, siapa tahu suami tidak sadar akan kesalahannya atau sedang perlu dinasehati, karena perkataan yang baik adalah sedekah.

Saudariku, berikut ini beberapa contoh perintah suami yang tidak boleh kita taati karena bertentangan dengan perintah Allah:

1. Menyuruh Kepada Kesyirikan

Tidak layak bagi kita untuk menaati suami yang memerintah untuk melakukan kesyirikan seperti menyuruh istri pergi ke dukun, menyuruh mengalungkan jimat pada anaknya, ngalap berkah di kuburan, bermain zodiak, dan lain-lain. Ketahuilah saudariku, syirik adalah dosa yang paling besar. Syirik merupakan kezholiman yang paling besar (lihat QS Luqman: 13). Bagaimana bisa seorang hamba menyekutukan Allah sedang Allah-lah yang telah menciptakan dan memberi berbagai nikmat kepadanya? Sungguh merupakan sebuah penghianatan yang sangat besar!

2. Menyuruh Melakukan Kebid’ahan

Melenggang perut adalah acara yang banyak dilakukan oleh masyarakat ketika calon ibu genap tujuh bulan mengandung si bayi. Ini adalah salah satu dari sekian banyak amalan yang tidak ada contohnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Walaupun begitu banyak masyarakat yang mengiranya sebagai ibadah sehingga merekapun bersemangat mengerjakannya. Ketahuilah wahai saudariku muslimah, jika seseorang melakukan suatu amalan yang ditujukan untuk ibadah padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyontohkannya, maka amalan ini adalah amalan yang akan mendatangkan dosa jika dikerjakan. Ketika sang suami menyuruh isterinya melakukan amalan semacam ini, maka isteri harus menolak dengan halus serta menasehati suaminya.

3. Memerintah untuk Melepas Jilbab

Menutup aurat adalah kewajiban setiap muslimah. Ketika suami memerintahkan isteri untuk melepas jilbabnya, maka hal ini tidak boleh dipatuhi dengan alasan apapun. Misalnya sang suami menyuruh istri untuk melepaskan jilbabnya agar mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan, hal ini tentu tidak boleh dipatuhi. Bekerja diperbolehkan bagi muslimah (jika dibutuhkan) dengan syarat lingkungan kerja yang aman dari ikhtilat (campur baur dengan laki-laki) dan kemaksiatan, tidak khawatir timbulnya fitnah, serta tidak melalaikan dari kewajibannya sebagai isteri yaitu melayani suami dan mendidik anak-anak. Dan tetap berada di rumahnya adalah lebih utama bagi wanita (Lihat QS Al-Ahzab: 33). Allah telah memerintahkan muslimah berjilbab sebagaimana dalam QS Al-Ahzab: 59. Perintah Allah tidaklah pantas untuk dilanggar, karena tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Sang Pencipta.

3. Mendatangi Isteri Ketika Haidh atau dari Dubur

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “…dan persetubuhan salah seorang kalian (dengan istrinya) adalah sedekah.” (HR. Muslim)

Begitu luasnya rahmat Allah hingga menjadikan hubungan suami isteri sebagai sebuah sedekah. Berhubungan suami isteri boleh dilakukan dengan cara dan bentuk apapun. Walaupun begitu, Islam pun memiliki rambu-rambu yang harus dipatuhi, yaitu suami tidak boleh mendatangi isterinya dari arah dubur, sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“(Boleh) dari arah depan atau arah belakang, asalkan di farji (kemaluan).” (HR. Bukhari dan Muslim)

Maka ketika suami mengajak isteri bersetubuh lewat dubur, hendaknya sang isteri menolak dan menasehatinya dengan cara yang hikmah. Termasuk hal yang juga tidak diperbolehkan dalam berhubungan suami isteri adalah bersetubuh ketika isteri sedang haid. Maka perintah mengajak kepada hal ini pun harus kita langgar. Hal ini senada dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang menjima’ isterinya yang sedang dalam keadaan haid atau menjima’ duburnya, maka sesungguhnya ia telah kufur kepada Muhammad.” (HR. Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ad-Darimi dari hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu)

Belajarlah Wahai Muslimah!

Demikianlah saudariku pembahasan singkat yang dapat penulis sampaikan. Sebagai penutup, mari kita ringkas pembahasan ini: Bahwa wajib bagi seorang isteri untuk mematuhi apa yang diperintahkan suaminya dalam perkara yang mubah apalagi yang disyari’atkan Allah, namun tidak boleh patuh jika suami memerintahkan kemaksiatan dan yang dilarang oleh Rabb Semesta Alam.

Lalu, perkara apa sajakah yang termasuk dalam larangan Allah? untuk itu, setiap hamba wajib mencari tahu tentang syari’at Islam karena dengannya akan tercapai ketakwaan kepada Allah, yaitu melakukan yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah larang. Wahai para wanita muslim! Pelajarilah agama Allah dengan menghadiri majlis-majliss yang mengajarkan ilmu syar’i atau dengan menelaah buku dan tulisan para ‘ulama. Tidaklah mungkin seseorang akan mengenal agamanya tanpa berusaha mencari tahu. Dan tidak mungkin pula ilmu akan sampai kepadanya jika ia hanya bermalas-malasan di rumah atau kos, atau hanya sibuk berjam-jam berdandan di depan cermin, serta bergosip ria sepanjang waktu. Sungguh yang seperti itu bukanlah ciri seorang muslimah yang sejati. Bersegeralah melakukan kebaikan wahai saudariku, karena Allah pasti akan membalas setiap kebaikan dengan kebaikan, dan membalas keburukan dengan keburukan walaupun hanya sebesar biji sawi. Setiap anak Adam memiliki kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah yang senantiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya. Wallahu ta’ala a’lam.