Saturday, May 30, 2015

Turki Oh Turki

Kita habiskan ratusan juta dolar mencari sisa MH di Lautan Hindi, Laut China Selatan dan seluruh Selat Melaka...

Tapi menghalau dan abaikan ribuan nyawa yg sedang hanyut di depan pintu rumah kita

Agaknya sebab inilah Allah ambil berbillion duit rakyat Malaysia ..

Bila hilang keberkatan disebabkan ketiadaan rasa kasihsayang dan ukhuwwah dan tidak takut pada Allah

Pada tahun 2014, kerajaan Turki sahaja ( tidak termasuk ngo dan rakyatnya) belanja 2 billion utk pelarian Syria di dalam negara.

Belanjawan tahun ini, kerajaan meluluskan 6 billion utk pelarian.

Pertambahan peruntukan ini disanggah oleh pembangkang...

Kata PM Turki, "dengan melayan tetamu dan orang teraniya ini Allah berikan kita lebihan simpanan / dagangan sebanyak 60 Billion Dolar, jadi 6 Billion tu tak seberapa..."

Mereka yakin Allah akan gandakan kebaikan jika mereka terus memberi.

Semalam Kerajaan Turki mengarahkan armada lautnya ke Perairan Malaysia dan Indonesia dalam misi mencari dan menyelamat pelarian Rohingya yg terkandas dan hanyut, membuatkan kita terpingga-pingga...
..sedangkan kerajaan Malaysia, Thailand dan Indonesia masih dalam proses perundigan.
Setelah Erdogan mengambil alih turkia.....السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

::

Hanya untuk Umat Terbaik yang ingin dan sentiasa bergerak maju ke depan.

T U R K I
O H  T U R K I

DAHSYATNYA SOLAT
SUBUH BERJEMAAH

KEBANGKITAN BANGSA
TURKI SEKARANG INI

Pembangunan Nasional Luarbiasa
tanpa bantuan Pinjaman dari Luarnegeri.

Pemerintah Turki sekarang ini mencanangkan 3 Program Nasional :

• Gerakan Solat Subuh Berjamaah di Masjid.

• Gerakan Infaq sedekah.

• Gerakan Ekonomi Ummat yang ini banyak dipegang orang-orang Muslim.

GERAKAN SOLAT SUBUH DI MASJID..! Ini memperoleh sambutan luarbiasa dan MENCENGANGKAN..!

Kami menyaksikan bahawa SOLAT SUBUH SAMA SEPERTI SOLAT JUMAAT. Luarbiasa dan yang lebih mencengangkan, para Remaja Turki ke masjid dengan kereta-kereta mewah yang diletak di halaman masjid.

(Kami ke Turki, sekitar tahun 1990. Jangankan solat Subuh, solat Maghrib dan Isya pun tak ada jemaahnya. Saya solat sendiri di Masjid dengan isteri dan anak-anak.)

TERNYATA SOLAT SUBUH BERJAMAAH DI MASJID MENAMPILKAN RAHSIA YANG MENAKJUBKAN
Berbagai Kesulitan Nasional Turki, nampaknya dapat dipecahkan dengan mudah dan lancar kerana adanya amalan solat Subuh berjamaah ini.

TENTANG PERUBAHAN
SOSIAL DI TURKI
Ini mengingatkan Sejarah yang diceritakan di dalam Al Quran bahawa waktu Subuh ternyata menjadi WAKTU PERALIHAN DARI ERA JAHILIYAH MENUJU KE ERA TAUHID.

Ini di mana Kaum ‘Ad, Tsamud dan Kaum derhaka lainnya dilibas pada waktu Subuh dan sebagai petanda berakhirnya dominasi Jahiliyah dan munculnya cahaya Tauhid.

Banyak sekali hadis yang mendorong untuk melaksanakan solat Subuh dan menyanjung mereka yang menjaganya.

Rasulullah saw bersabda:

"Dua rakaat fajar, solat sunat sebelum Subuh, lebih baik dari dunia dan seisinya."

(HR Muslim)

"Dan jika mereka mengetahui apa yang tersimpan di dalam solat Subuh dan Isya, maka mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak."

(HR Bukhari)

LALU APA YANG MENGHALANGI
KITA SOLAT SUBUH DI MASJID?
Solat Subuh merupakan sumber dari segala sumber cahaya di Hari Kiamat.
Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan dipadamkan..!

Kecuali Cahaya Subuh Berjamaah yang diberikan kepada orang-orang Mukmin.

Rasulullah saw bersabda:

"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan malam (Subuh dan Isya) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat."

(HR Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Seandainya..! Ya ini seandainya..! Ada seorang kayaraya berjanji akan memberi anda wang setiap hari pada pukul enam pagi sebanyak RM10 ribu jika anda datang tepat waktunya..! Apakah anda mendatanginya?

Kalau seandainya anda datang untuk mendapatkan wang tersebut setiap hari, maka dalam satu tahun, anda akan mendapat RM3.65 juta.

SEKARANG MOHON MENJAWAB DENGAN JUJUR...!
Apakah ANDA GEMBIRA MEMBAWA WANG RM3.65 juta MASUK KE
LIANG LAHAT tetapi ANDA TIDAK SOLAT..?

Atau MANAKAH LEBIH UTAMA? Anda masuk ke liang lahat dengan MEMBAWA PAHALA 365 SOLAT SUBUH BERJAMAAH DI MASJID tanpa wang sesen pun..?

Padahal Rasulullah saw menyatakan bahwa dua rakaat sebelum fajar lebih baik daripada dunia beserta isinya. Apalagi bila solat Subuh berjamaah di Masjid..!

Apa yang menyebabkan menunda-nunda pelaksanaan solat Subuh berjamaah di masjid?

Apakah kerana KESOMBONGAN..! Apakah kerana khuatir bahawa anda akan dianggap “Golongan Extrimis?"

Atau tidak yakin KEBENARAN HADIS NABI TENTANG SOLAT SUBUH DI MASJID..? Atau adakah menunggu sampai ajal menjemput..?

Turki telah menjadi contoh yang nyata..!
Bahawa solat Subuh Berjamaah di Masjid memberi KEBERKATAN..!

Kita tidak perlu malu meniru Turki..! Mari menggalakkan Solat Subuh Berjamaah di Masjid. Insyaa ALLAH Ummat Islam Malaysia akan mengalami KEJAYAAN..!

Semoga menjadi bahan renungan yang serius oleh Umat Islam di semua peringkat..!

TAKBIR!!

Berbuat baik kepada binatang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

P.I.P.I - HIMPUNAN MUZAKARAH BERSAMA (Ust Hj Kamil) Ahad, 7 Rejab 1436H. KUCING LAGI...

“Semua makhluk akan dikumpulkan di hari Kiamat termasuklah binatang, burung dan yang lain-lain. Keadilan Allah yang amat sempurna di mana kambing yang tidak bertanduk akan menerima pampasan / ganjaran dari kambing yang bertanduk. Allah akan mengarahkan mereka : Jadilah debu!. Maka berkatalah orang kafir : Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)" (QS. An-Naba' : 40)

CERAH-CERAHKAN :
Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa semua haiwan-haiwan ini termasuk kucing, di akhirat nanti mereka semua akan menjadi debu sahaja. Tidak ke syurga dan tidak pula ke neraka. Lalu, atas tujuan apa haiwan-haiwan ini dicipta oleh Allah SWT?

Sudah tentunya ada manfaatnya secara langsung atau tidak langsung kepada alam dan manusia. Khususnya untuk manusia sebagai khalifah Allah di atas bumi ini. Tidak mungkin  sia-sia sahaja Allah jadikan haiwan dan segalanya itu.

ربنا ما خلقت هذا باطلا

“Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini sia-sia.”

Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing-kucing ini. Jom kita sama-sama lihat manfaat membela kucing terhadap manusia :

1) Menurunkan Risiko Penyakit Kardiovaskular dan Serangan Jantung.  Satu kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit yang membabitkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2) Meningkatkan Fungsi Sistem Imun (daya tahan penyakit) Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3) Mencegah Alahan. Jika kita mempunyai bayi, mungkin patut mempertimbangkan untuk membela kucing. Ini kerana membela kucing dapat membantu mencegah alahan alergi pada anak. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4) Membantu Mencegah Asma Pada Anak. Terdapat bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak kita dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat mengatasi masalah pernafasan.

5) Mengurangkan Tekanan Darah. Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah? Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut kajian yang dilakukan oleh State University of New York di Buffalo, memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6) Menurunkan Kolestrol. Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubatan kimia.

7) Mengurangkan Risiko Mendapat Strok. Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8) Mengurangkan Stress (Tekanan Perasaan) dan Rasa Cemas. Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan tekanan dalam hidup kita. Berbicara dengan kucing, boleh membantu kita merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama kita, dapat membantu menenangkan diri kerana kita menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9) Menjadikan Mood Dalam Keadaan 'Cool’. Berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood kita. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu meningkatkan mood kita menjadi lagi baik dan tenang.

10) Membantu Pesakit Autisme. Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini, berperanan dalam terapi untuk anak- anak autis.

11) Mengurangkan Rasa Kesepian. Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh bantu mengurangkan rasa kesepian tersebut.

Justeru, kehadiran kucing yang comel ini bukanlah sepatutnya dilayan sekadar untuk diambil manfaat di dunia sahaja. Iaitu hanya untuk menjadi teman bergembira atau bermanja sahaja, tetapi sepatutnya dilihat lebih luas dari itu. Ia adalah ujian Allah buat kita yang mana keputusan ujian tersebut hanya kita ketahui pada hari akhirat nanti.

Pada seekor kucing yang kita temui di jalanan atau yang kita pelihara ada ujian Allah untuk kita. Sama ada kita berbuat baik atau zalim padanya, semuanya akan dicatat. Dengan menyedari bahawa ia suatu ujian, maka lakukanlah kebaikan kepadanya. Antara perkara baik boleh kita lakukan ialah :

1. Menyantuninya dan memanjakannya.
2. Memberinya makan atau minum.
3. Menyediakan tempat tinggal.
4. Mengubatinya jika ia sakit atau hantar klinik.
5. Menolongnya jika ia terjatuh atau tersepit.
6. Menemukan dengan rakan atau keluarganya.

Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah,  apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” Rasulullah SAW menjawab : “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” (HR : Muslim)

Janganlah pula kucing tersebut menyebabkan kita mendapat dosa dengan menyepaknya, dengan mengherdiknya, dengan menipunya, dengan menderanya dan lain-lain yang boleh menyakiti hati dan tubuhnya.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Haiwan-haiwan ini boleh menjadi sebab untuk kita beroleh pahala atau dosa. Manfaatkanlah kehadiran haiwan-haiwan ini untuk nasib yang baik pada hari akhirat nanti. Janganlah zalimi mereka. Tetapi, sayangilah mereka dan berlaku adillah.
Wallahu a'lam - Moga-moga ia memberatkan lagi catatan amal soleh kita di akhirat nanti, insya Allah.