Monday, February 23, 2015

PENGAJARAN...HEBATNYA ORANG CINA

[06:56, 2/21/2015] ‪+60 19-223 1229‬: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

PERKONGSIAN ILMU PAGI INI (P.I.P.I) - HIMPUNAN MUZAKARAH BERSAMA (Ustaz Hj Kamil) Sabtu 2 Jamadil Awwal 1436H. HEBAT ORANG CINA!

Cuti sekolah ke Seberang Jaya,
Belikan saya perabot jati,
Bagaimana Cina boleh berjaya,
Kerana mereka buat sesuatu sepenuh hati.

Orang Cina atau Negara China sebenarnya sudah terkenal dan dikenali sejak dari zaman dahulu lagi. Sehinggakan terakam dalam sebuah kata-kata yang masyhur untuk menuntut ilmu walaupun sehingga sejauh ke Negara China.

CERAH-CERAHKAN:
Sejak dari dulu lagi, kata-kata ini dikenali sebagai sebuah hadis dari Nabi SAW. Sebenarnya ianya bukan hadis yang sabit dari Baginda Rasulullah SAW.  Tetapi adalah sebuah 'Hadis Palsu' :

اُطْلُبُوْا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنٍِ

"Carilah ilmu walaupun sampai di negeri China,"

Imam Ibn Hibban mengatakan, Hadis ini "batil la asla lahu" (batil, palsu, tidak ada dasarnya). Pernyataan Ibn Hibban ini diulang kembali oleh As-Sakhawi dalam kitabnya al-Maqhasid al-Hasanah. Sumber kepalsuan Hadis ini adalah rawi yang bernama Abu Atikah Tarif bin Sulaiman (dalam sumber Iain tertulis, Salman).

Menurut para ulama Hadis seperti al-`Uqaili, al-Bukhari, al-Nasa'i, dan Abu Hatim, mereka sepakat bahawa Abu Atikah Tarif bin Sulaiman tidak memiliki thiqah sebagai perawi Hadis. Bahkan menurut al-Sulaimani, Abu Atikah dikenali sebagai pemalsu Hadis. Imam Ahmad bin Hanbal juga menentang keras Hadis tersebut. Ertinya, beliau tidak mengakui bahawa ungkapan "Carilah ilmu walaupun sampai di negeri China itu sebagai Hadis Nabi.

Walaupun ia bukannya sebuah hadis, tetapi bolehlah kita anggap sebagai kata-kata pujangga yang memberikan motivasi untuk kita. Persoalannya ialah kenapa Negara China bukan negara-negara Eropah atau negara-negara Barat yang lain. Di sini Ustaz  ingin berkongsi kehebatan masyarakat Cina sebagaimana yang ditulis oleh Ustaz Ann Wan Seng di dalam bukunya  RAHSIA BISNES ORANG CINA :

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh di pelajari.
2. Katanya, peniaga tulen, tak takut cabaran. Peniaga palsu, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.
3. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.
4. Orang Cina suka berhijrah.
5. Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.
6. Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.
7. Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.
8. Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan..
9. Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.
10. Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada sikap, usaha dan keyakinan.
11. Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.
12. Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.
13. Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.
14. Dalam falsafah perniagaan Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.
15. Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan.

Sebenarnya ada 50 rahsia kejayaan masyarakat China dalam bidang perniagaan sebagaimana yang ditulis oleh Ann Wan Seng. Ustaz hanya kongsikan sebahagian sahaja, selebihnya anda kena belilah buku ini sendiri. Hendak beli buku cara-cara orang berjaya pun berkira macam mana nak berjaya?

CHECKLIST :
1) Persoalannya ialah kenapa Negara China bukan negara-negara lain.
2) Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri apa saja keadaan.
3) Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal.

SIMPUL-SIMPULKAN :
Dimana-mana sahaja di seluruh dunia kita melihat Bangsa Cina boleh hidup. Malah sebahagiannya mendominasi ekonomi di negara tersebut. Bukan salah mereka menguasai ekonomi negara kita... Sebab mereka rajin dan mempunyai kekuatan hubungan sesama bangsa mereka. Tapi apa silapnya bangsa kita, selagi ada PHD (perasaan hasad dengki) sampai bilapun tak akan maju. Wallahu a 'lam - Ingat kata-kata TGNA lebih rela orang Cina Muslim jadi PM dari orang Melayu yang........

No comments:

Post a Comment